Bergu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke final Yonex Terbuka Thailand selepas melakar kemenangan di peringkat separuh akhir hari ini.
Impact Arena menyaksikan dominasi V Shem-Wee Kiong yang tidak berdepan tentangan sengit untuk melakar kemenangan straight set ke atas gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19 21-10.
Kemenangan itu menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini bakal berdepan  pilihan keenam dari Taiwan, LeeYang-Wang Chi-Lin yang menang ke atas  piihan ketujuh, Choi Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 15-21 21-14 21-14.
- Advertisement -