Witchayanon Chothirunrungren

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas kecewa pada Kejohanan Amatur Terbuka Malaysia Ahad lalu, pemain muda Thailand, Witchayanon Chothirunrungren mengubati kekecewaannya apabila meraih kejuaraan sulungnya di Malaysia menerusi Kejohanan Golf Amatur Terbuka MPI Generali Saujana 2016 di Kelab Golf Saujana Subang.

Witchayanon mengatasi pemain Taiwan, Wei Hsun Wang menerusi penentuan lubang play-off selepas kedua dua pemain terikat dengan 207 pukulan 9 dibawah par.

Hari terakhir kejohanan berlangsung cukup mendebarkan dilapangan Bunga Raya Kelab Golf Saujana melibatkan pendahulu hari ketiga, Wei Hsun Wang dengan pemain Thailand, Witchayanon Chothirunrungren.

Kelebihan 2 pukulan sebelum bermulanya pusingan terakhir nyata belum mencukupi buay Wang apabila Witchayanon bangkit mengejar dengan aksi terbaik dengan menyamai pukulan pemain Taiwan itu menjelang lubang 11.

Selepas itu, 2 birdie berturut-turut pada lubang 15 dan 16 meletakkan Witchayanon didepan namun birdie dari jarak 25 kaki dicipta Wang memastikan kedua-dua pemain terikat dengan catatan 207 pukulan, Ā 9 dibawah par keseluruhan.

Di penentuan playoff, Witchayanon tenang melengkapkan par sementara Wang kurang bernasib baik apabila bolanya terjatuh ke dalam air, sekaligus memberikan kejuaraan kepada pemain Thailand itu.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Azlan Mohamad, Pengerusi MPI Generali.

- Advertisement -