fai.yin.shevon.jimie.2
Wong Fai Yin-Shevon Jemie of Malaysia

Oleh Ku Mohd Lufti

Beregu campuran Korea Selatan, Yoo Yeon Song-Chang Ye Naa menjadi tumpuan pusingan kelayakan pertama Kejohanan Badminton Superseries Premier Terbuka Malaysia yang berlangsung di sebelah pagi.

Yeon Song-Chang Ye Naa menewaskan pasangan Thailand yang diletak selaku pilihan kedua, Bodin Isara,-Savitree Amitrapai. 

Yeon Song dan Ye Naa menang 21-14 di set pertama namun sedikit goyah di set berikutnya apabila banyak melakukan kesilapan untuk membenarkan pasangan Thailand meraih kemenangan 21-13, untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bodin Isara dan Savitree Amitrapai tampak tidak mampu untuk menyaingi gandingan Korea Selatan sekaligus kecundang 21-19 dalam pertarungan yang berlangsung selama 42 minit

Yoo Yeon Song, Chang Ye Naa akan berdepan bergu dari Malaysia, Ong Yiew Sin, Peck Yen Wei yang menang ke atas pasangan Indonesia, Hendra Tandjaya Rofahadah Supriadi Putri di pusingan kedua.

Satu lagi pasangan bergu campuran Korea Selatan, Lee Young Dae, Lee Soo Hee turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menang ke atas gandingan dari China, Zhang Wen, Jia Yifan.

Kedua dua bergu mempamer aksi yang sengit dan saling berkejaran mata, namun tuah memihak bergu Korea Selatan dengan kemenangan straight set 21- 19, 21 – 19.

Sementara itu, pilihan keempat dari Singapura, Yong Kai Terry Hee, Tan Wei Han tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan Lyanny Alessandra Mainaky, Yehezkiel Fritz Mainaky straight set 21-10, 21-8.

Dalam acara bergu lelaki, pasangan Malaysia Ong Yew Sin, Teo Ee Yi mengejutkan pemain lebih berpengalaman dari Hong Kong, Chan Alan Yun Lung, Lee Chun Hei Reginald straight set 21-11, 21-10.

Perseorangan wanita dari Bulgaria, Petya Nedelcheva dipaksa bekerja keras hampir sejam sebelum melepasi pusingan pertama dengan kemenangan ke atas pemain Malaysia Lee Ying Ying.

Tewas 16 – 21, di set pertama, Nedelcheva memperkemaskan permainan dan bijak memerangkap Ying Ying dengan permainan jaring untuk meraih kemenangan 21-18 di set kedua.

Nedelcheva yang menduduki ranking ke 77 dunia ini terus mempamer permainan yang konsisten untuk menjarakkan mata dengan Ying Ying.

Namun segalanya berubah apabila Ying Ying yang ketinggalan 17-20 bangkit menyamakan kedudukan 20 sama.

Impian Ying Ying untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila kemenangan memihak kepada Petya Nedelcheva 24-22.

lee.ying.ying
Lee Ying Ying
- Advertisement -