Mohd Harrif Salleh

Oleh Ku Mohd Lufti

Pelumba Terengganu Cycling, TSG , Mohd Harrif Salleh terlepas peluang untuk meraih kejuaraan peringkat ketiga berturut turut di Lumba berbasikal Jelajah Thailand 2016.

Perlumbaan peringkat kelima berlangsung dari Nong Khai ke Loei dengan jarak tepanjang, 231.2 kilometer.

Harrif telahpun meraih kejuaraan peringkat sebanyak dua kali pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih kemenangan ketiga berturut turut.

Namun impian tersebut dinafikan pelumba kelahiran Vietnam, Nguyen Thanh Tham ketika 100 meter terakhir dalam kelompok pelumba besar yang terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan 5 jam 27 minit 58 saat.

Harrif Salleh akur ditempat kedua manakala pelumba Seoul Cycling, Park Sang Hoon melengkapkan podium bagi peringkat kelima.

Peluang untuk Harrif merampas kedudukan keseluruhan masih ada kerana beliau hanya dibezakan 10 saat dengan pendahulu daripada pasukan KSPO Joo Kangeun.

Malah, peluang Harrif untuk merampas jersi raja pecut juga cerah kerana telahpun mengumpul 52 mata, 3 mata dibelakang pendahulu daripada Aisan Racing, Kuroeda Shiki.

Peringkat keenam merupakan perlumbaan terakhir bagi Jelajah Thailand 2016, bermula dari  Loei dan tamat di Udon Thani dengan jarak 167.7 kilometer.

- Advertisement -