Sasitharen Sukumaran in action in Jempol

Having successfully guided Mohd Zaqhwan Zaidi to the CP130 overall title, Yuzy Racing’s manager, Shahrol Yuzy now turns his focus on getting his riders to try and secure the team awards in the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship grand finale at Taman Jubli Emas in Alor Setar, Kedah this 28 and 29 November.

Givi Honda Yuzy Racing now stands second in the team standings with 219 points while PETRONAS Yamaha CKJ leads the championship with 252 points. 

With 33 points separating them, Yuzy said the positive results Zaqhwan and teammate, Sasitharen Sukumaran has yielded in the past nine races could see the team achieve their target.

The team celebrated their maiden CP130 title in Jempol (Round 9) when Zaqhwan finished third behind factory Yamaha duo, Mohd Affendi Rosli and Ahmad Afif Amran. The 19 year old clinched the title with 161 points with one more round to spare. 

“If Zaqhwan and Sasi keep the same momentum they displayed all season long, finishing within top five or on the podium, winning the team title in Alor Setar is highly attainable,” said Yuzy.

He added, “Of course, we all know that anything can happen in this sport, but winning both rider and team championship would be an amazing way to end what has been a thrilling season. Hopefully they will push as hard as they can this weekend.”

Yuzy is also hopeful Zaqhwan’s success will be the first of many titles for the team in the coming years. “To see one of our riders clinch the premiere class title has been a long time coming,” he said.

“Since Yuzy Racing was formed, I expected this day to come because I’ve had such strong belief in this group of people right back from day one and to have finally achieved said objectives in dominant fashion is a great feeling.”

“I’d like to take this opportunity to express my gratitude to the crew, our sponsors and everyone who has been involved in this project. I hope they can enjoy this moment and that there will be many more great moments to come. This is just the beginning of a long era of success for Yuzy Racing,” concluded Yuzy.

 

YUZY SASAR KEJAYAAN BERGANDA

Selepas Mohd Zaqhwan Zaidi dinobatkan selaku juara keseluruhan CP130, pengurus Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini kini memberi tumpuan untuk merebut gelaran pasukan terbaik pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2014 yang akan berlangsung di Taman Jubli mas, Alor Setar, Kedah, 28 dan 29 November ini.

Setakat sembilan pusingan lepas, pasukan Givi Honda Yuzy Racing kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 219 mata, ketinggalan di belakang pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ yang mendahului kedudukan dengan 252 mata.

Meskipun mempunyai perbezaan 33 mata, Yuzy tetap positif gandingan Zaqhwan dan Sasitharen Sukumaran mampu melakukan kejutan untuk merealisasikan impian mereka berdasarkan persembahan cemerlang sepanjang musim ini terutama melalui Zaqhwan yang telahpun bergelar juara sebaik menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada pusingan kesembilan di Jempol dengan 161 mata.

“Jika Zaqhwan dan Sasi meneruskan momentum cemerlang yang dipamerkan sepanjang musim ini dengan menamatkan perlumbaan di atas podium bagi Zaqhwan dan kelompok lima pelumba terbaik bagi Sasi, bukan perkara mustahil untuk kami memenangi gelaran pasukan terbaik keseluruhan pada tahun ini,” jelas Yuzy.

Tambahnya, “Kami sedar yang apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan seperti ini, namun dapat memenangi kedua-dua gelaran pelumba dan pasukan pasti menjadi penamat musim 2014 yang sangat istimewa. Mudah-mudahan gandingan kedua-dua pelumba ini dapat memberikan aksi terbaik mereka pada perlumbaan di Alor Setar minggu ini.”

Pada masa sam Yuzy turut berharap kemenangan yang diraih oleh Zaqhwan akan menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang akan diraih oleh mereka pada masa akan datang. “Selepas menanti dan mencuba sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami sangat gembira kerana akhirnya dapat melihat pelumba kami memenangi gelaran kelas perdana pada tahun ini terutama selepas berjaya meraih gelaran CP115 melalui Mohd Amirul Ariff Musa sebelum ini,” kata Yuzy.

“Sejak pasukan Yuzy Racing ditubuhkan, saya sudah menjangkakan kejayaan ini akan tiba kerana kami mendapat sokongan kuat daripada mereka-mereka yang percaya terhadap usaha dan kerja keras kami sejak dari peringkat awal lagi.

“Saya mahu menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua ahli pasukan, penaja-penaja dan semua yang terlibat di atas kepercayaan dan kerja keras mereka bersama kami. Saya berharap mereka turut gembira dan dapat sama-sama meraikan kejayaan yang telah dicapai ini dan saya berjanji akan bekerja lebih keras untuk memastikan lebih banyak kejayaan menjelma selepas ini. Ini hanyalah merupakan peringkat awal kepada era kejayaan pasukan Yuzy Racing,” jelas Yuzy.

- Advertisement -