Zamri Baba 52 during the SuperSports 600cc race at Autopolis

Musashi Boon Siew Honda Racing’s Mohd Zamri Baba says he is unfazed by the mounting pressure from his rivals and has had little difficulty handling the enormous expectation surrounding his SuperSports 600cc title aspirations as the PETRONAS Asia Road Racing Championship heads to the Suzuka Circuit in Japan this weekend.

Commanding the overall standings with 99 points, Zamri is at risk of losing the championship lead to Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) on the iconic track after the Japanese rider bagged a victory and a fourth place finish at Autopolis last month, cutting the deficit to 12-points between them.

Besides Fujiwara, the 31-year old will have to fend off Japanese rivals, Makoto Tamada, Tomoyoshi Koyama, Yuki Ito and Satoru Iwata who are hoping for home advantage this weekend. Adding on to the intensity, 2009 SuperSports 600cc Champion, Chalermpol Polamai’s wildcard entry is also expected to change the landscape of the title chase.

Despite the magnitude of the situation, Zamri remains defiant saying the pressure will only fuel his determination to become the third Malaysian to bring home the SuperSports 600cc title after Chia Tuck Cheong (2000) and Azlan Shah Kamaruzaman (2013).

“Normally I feel quite good under pressure. Of course there is a lot at stake given our current position but it is still too soon for us to panic. Including Suzuka, we have three rounds and six races to go and that means there is 150 points up for grabs. Even if I lose the lead this weekend, I can catch up in Thailand and Qatar which are ‘neutral’ tracks- provided I play my cards right,” said Zamri.

Speaking about his expectations this weekend, Zamri commented, “The Japanese riders is going to want to push at Suzuka because it’s their home track and based on what went down at Autopolis where eight riders were fighting at the front, we anticipate this weekend’s race to be more aggressive. But I’m feeling confident for the race. I was here in July for the 8-Hour Endurance Race and I have done more laps and have more knowledge and data to work with.”

“But I can’t say that having the championship lead gives me a mental advantage ahead of the weekend as the points gap is minimal. To be honest the top guys in the title fight are all pretty equal and we all need to win regardless of where we are in the standings if we want to be champion,” he said.

SuperSports 600cc standings after Round 3

1.Mohd Zamri Baba (Honda) 99 points 2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 87 points 3.Makoto Tamada (Honda) 66 points 4.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 66 points 5.Yudhistira (Kawasaki) 63 points

 

ZAMRI TENANG HADAPI TEKANAN

Mohd Zamri Baba tetap tenang sekalipun berhadapan tekanan berat selaku pendahulu keseluruhan SuperSports 600cc menjelang saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu berada di landasan terbaik untuk muncul juara keseluruhan pada tahun ini apabila sedang mendahului kedudukan dengan 99 mata namun menerima tentangan hebat daripada juara 2011, Katsuaki Fujiwara(BEET Kawasaki Racing) yang mengekori rapat dengan hanya 12 mata ketinggalan di tempat kedua.

Malah, selain Fujiwara, pelumba berusia 31 tahun itu bakal berhadapan cabaran beberapa pelumba handalan Jepun yang lain termasuk Makoto Tamada, Yuki Ito, Tomoyoshi Koyama dan Satoru Iwata yang mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Menambahkan lagi tekanan adalah kehadiran juara SuperSports 600cc 2009, Chalermpol Polamai yang beraksi sebagai peserta wildcard.

Meskipun berdepan cabaran sengit untuk terus kekal sebagai pendahulu, Zamri yakin tekanan yang dihadapi pada minggu ini menjadikannya lebih bersemangat untuk melakar nama sebagai pelumba Malaysia ketiga yang meraih gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc selepas Chia Tuck Cheong pada tahun 2000 dan pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman pada musim lepas.

“Tekanan selalunya menjadikan saya seorang pelumba yang lebih baik. Sudah tentu kedudukan saya ketika ini agak genting namun masih terlalu awal untuk menentukannya dan saya juga tidak perlu panik,” jelas Zamri.

“Jika dihitung dengan baki perlumbaan termasuk di Suzuka, masih ada enam perlumbaan yang perlu dihadapi dan masih ada 150 mata maksimum yang boleh dipungut. Jika saya gagal mempertahankan kedudukan saya pada minggu ini, kami masih ada perlumbaan di Thailand dan Qatar yang tidak memihak kepada mana-mana pelumba, tidak seperti di Jepun yang jelas memberi kelebihan kepada pelumba tuan rumah.”

Mengulas tentang perlumbaan minggu ini, Zamri berkata, “Saingan pasti sengit dan kebanyakan pelumba Jepun terutama Fujiwara akan menggunakan kelebihan di sini untuk mengejar kedudukan saya. Saya perlu lebih agresif jika mahu bersaing di kelompok depan. Meskipun begitu, saya yakin dapat sama-sama bersaing merebut gelaran juara, di tambah dengan pengalaman ketika beraksi di litar ini sewaktu menyertai Suzuka 8-Hour Endurance Race Julai lepas.

“Secara jujur, peluang untuk  berada di kedudukan teratas masih terbuka, dan saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Saya akan berjuang untuk terus kekal berada di atas dan memenangi perlumbaan untuk merealisasikan impian bergelar juara,” jelas Zamri.

Kedudukan Keseluruhan selepas Pusingan 3

1.Mohd Zamri Baba (Honda) 99 mata 2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 87 mata 3.Makoto Tamada (Honda) 66 mata 4.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 66 mata 5.Yudhistira (Kawasaki) 63 mata

- Advertisement -