Zaqhwan Zaidi and Khairul Idham Pawi

Juara SuperSports 600cc dan CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi dan juara Asia Dream Cup, Khairul Idham Pawi telah menandatangani kontrak baharu bersama Boon Siew Honda Sdn Bhd yang menyaksikan kedua-duanya akan meneruskan karier perlumbaan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa bersama jenama pengeluar motosikal dari Jepun itu sehingga tahun 2019.

“Kami berbesar hati mengumumkan Zaqhwan dan Khairul Idham telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Honda untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Kami percaya perjanjian baharu ini sangat penting bagi kedua-dua pihak,” jelas pengurus Musashi Boon Siew Honda Racing, Zulhelmi Ahmad.

“Zaqhwan merupakan antara pelumba terbaik Malaysia ketika ini. Dia telah bergelar juara Asia dan juga juara Cub Prix pada musim lepas. Kami agak kesal dan simpati dengan kesukaran yang dialami dalam kempen Moto2 beliau sebelum ini namun percaya dia masih memiliki potensi terbaik untuk pergi lebih jauh. Dengan pelan jangka masa panjang dan karier masa depannya yang lebih terjamin ketika ini, kami mahu dia memberi sepenuh tumpuan untuk memberikan aksi terbaik bermula separuh musim kedua saingan tahun ini,” tambah Zulhelmi.

Mengulas tentang Khairul Idham pula, Zulhelmi berkata, “Pelumba muda berusia 17 tahun itu mempamerkan aksi yang jauh lebih baik dari apa yang kami jangka atau harapkan dan kini telah menarik perhatian ramai.  Meskipun mendapat pelbagai pujian dan diintai banyak pihak, kami percaya dia perlu mempunyai asas yang kukuh sebelum melangkah ke kejuaraan dunia. Kami tidak mahu dia terabai jika gagal untuk mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi sepertimana pelumba-pelumba Malaysia yang gagal mendapat tempat di luar sana.”

Kontrak baharu yang dipersetujui ini menyaksikan Zaqhwan akan kembali ke saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM bersama pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing dan menggantikan tempat Mohd Zamri Baba yang kini masih menjalani rawatan. Zaqhwan akan bergandingan bersama pelumba Jepun, Yuki Takahashi dalam kategori SuperSports 600cc bermula pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, minggu depan.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersama pasukan Givi Honda Yuzy Racing di dalam kategori CP130.

Sementara itu, Khairul Idham akan meneruskan program pembangunan bersama Honda Team Asia, laluan serupa yang telah menghasilkan pelumba Moto2 Grand Prix Dunia negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan pelumba Moto3 yang juga juara Asia Dream Cup 2013 dari Jepun, Hiroki Ono.

Pelumba kelahiran Perak yang telah memenangi pelbagai gelaran termasuk perlumbaan kategori Wira dan Asia Dream Cup 2014 itu mempamerkan aksi mengkagumkan dengan meraih tiga podium dalam saingan Kejuaraan Moto3 Junior Dunia (FIM CEV) dan kini berada di tangga ketiga keseluruhan.

 

ZAQHWAN, KHAIRUL IDHAM PENS DEAL WITH BOON SIEW HONDA

Reigning Asian SuperSports 600cc and CP130 Champion, Zaqhwan Zaidi and Asia Dream Cup titleholder, Khairul Idham Pawi has officially inked a new contract with Boon Siew Honda Sdn Bhd. This agreement will see both riders continue to pursue their racing careers domestically and internationally with the Japanese marque until 2019.

“We are pleased to announce that both Zaqhwan and Khairul Idham had agreed to be part of the Honda family for the next few seasons. We believe these new contracts are in everyone’s best interest,” said Musashi Boon Siew Honda Racing manager, Zulhelmi Ahmad.

“Zaqhwan is one of the best Malaysian riders of his generation. He won the Asian Championship and Cub Prix title last year. It is regrettable his Moto2 campaign at the start of 2015 was brief and difficult but we are convinced he still has the potential to go far. With plans for his future now secure, we hope he can focus on putting together a strong performance for the second half of the season,” he added.

Zulhelmi went on to comment about the budding Khairul Idham, “Khairul performed better than we expected and this attracted a lot of attention from rival teams. While it is flattering to know he is highly sought after, we believe it is crucial to have a solid foundation before embarking on the world championship. We do not want him to be left hanging like many Malaysian riders who failed to make it out there.”

With immediate effect, the new deal will have Zaqhwan returning to the FIM Asia Road Racing Championship with Honda factory team, Musashi Boon Siew Honda Racing, replacing Mohd Zamri Baba, currently recuperating from injuries. He is set to partner Japan’s Yuki Takahashi on the SuperSports 600cc grid starting from Round 4 at the Chang International Circuit in Buriram, Thailand next weekend.

The 21-year old will also compete in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship with Givi Honda Yuzy Racing in the CP130.

Meanwhile, Khairul Idham is set to continue developing his career through the Honda Team Asia setup, following the same career path that had produced Grand Prix riders, Azlan Shah Kamaruzaman (Moto2) and Hiroki Ono (Moto3).

The Perak-born rider who won the WIRA and Asia Dream Cup title last year has been nothing short of impressive having secured three podiums for his rookie season in the Moto3 Junior World Championship (FIM CEV Repsol) and is currently ranked third overall in the standings.

- Advertisement -