Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dipaksa berhempas-pulas hampir sejam sebelum menundukkan Mark Caljouw dari Belanda dalam pusingan pertama Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr, hari ini.

Caljouw bagaimanapun memberi tentangan sengit untuk memenangi set pertama 21-19, namun Zii Jia, yang kii bergerak perseorangan profesional Januari lepas, bangkit mengetepikan Caljouw 21-13, 21-8.

Zii Jia yang juga pemain ranking ketujuh dunia dan pilihan kelima kejohanan itu akan menentang Christo Popov pada pusingan kedua.

Sementara itu, beregu wanita nombor satu kebangsaan Pearly Tan-M.Thinaah, yang diletakkan sebagai pilihan kelapan, kecundang ditangan beregu bukan pilihan dari Scotland Julie Macpherson-Ciara Torrance 17-21, 14-21.

Julie-Ciara akan menentang beregu Malaysia pada pusingan seterusnya, kali ini berdepan Vivian Hoo-Lim Chiew Sen yang menewaskan gandingan Estonia, Kati-Kreet Marran-Helina Ruutel, 21-15, 22-20.

Pasangan beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, juga dipaksa bertarung tiga set sebelum mengatasi M.R. Arjun-Dhruv Kapilla dari India, 21-13, 20-22, 21-19.

Yew Sin-Ee Yi akan menentang Ben Lane-Sean Vendy selepas beregu England itu menewaskan Alexander Dunn-Scott Hall dari Scotland 21-16, 21-19.

Sementara itu, dua pasangan beregu campuran Malaysia iaitu Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei gagal mara ke pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing dalam pusingan pertama.

Pang Ron-Yee See tewas straight set 18-21, 16-21 kepada pasangan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand manakala beregu pilihan kelima Marcus Ellis-Lauren Smith dari England pula menewaskan Tang Jie-Yen Wei, 21-12, 13-21, 23-21.

Dua lahi wakil bergu negara, Tee Kai Wun-Man Wei Chong dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan berentap lewat malam nanti.

- Advertisement -