Lagenda bolasepak Perancis, Zinedine Zidane melepaskan jawatannya selaku pengurus hari ini.

Ia susulan kegagalan Los Blancos untuk meraih sebarang trofi musim ini termasuk gelaran La Liga yang menjadi milik Atletico Madrid.

Kelab Real Madrid menerusi kenyataan rasmi menghormati keputusan Zidane dan mengucapkan terima kasih diatas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan pengendali berusia 48 tahun itu sepanjang mengemudi kelab itu.

Zidane pernah menyarung jersi Real Madrid dari 2001 hingga 2006 menjulangt tiga trofi Liga Juara Juara Eropah dan menjulang trofi La Liga ketika beliau menggalas tugas sebagai pengurus diantara 2016 dan 2018.

Beliau meninggalkan kelab itu pada 2018 namun kembali semula 10 bulan kemudian.

Musim ini, Real menamatkan saingan La Liga ditangga kedua, dibezakan dua mata dengan Atletico Madrid.

Tekanan kian memuncak apabila The Galaticos tersingkir awal dalam saingan Copa del Rey selepas tewas kepada kelab divisyen 3, Alcoyano.

Real juga gagal mendapatkan tempat ke perlawanan final Liga Juara Juara Eropah selepas tewas kepada Chelsea di peringkat separuh akhir.

 

- Advertisement -