ASC2018: Sumareh tidak lihat harapan tinggi sebagai tekanan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/10/asc-2018-sumareh-tidak-lihat-harapan-tinggi-sebagai-tekanan">
Twitter
Pinterest

Segunung harapan diletakkan di bahu Mohamadou Sumareh yang dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi pertama untuk Malaysia.

Sumareh merasai dan tahu apa yang peminat bolasepak tempatan mahukan daripadanya, namun, beliau tidka melihat situasi ini sebagai tekanan.

“Ramai yang berada diluar sana yang menyebut nama saya dan tidak sabar untuk melihat saya beraksi. Banyak tekanan yang diberikan tetapi saya lihat perkara ini sebagai cabaran untuk diri sendiri dan saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia,”kata Sumareh.

Sumareh juga tidak kekok dengan pemain pemain lain ketika sesi latihan pertamanya bersama skuad kebangsaan dan barisan kejurulatihan kendalian Tan Cheng Hoe pagi tadi.

Beliau juga mendedahkan Cheng Hoe banyak membantunya ketika sesi latihan sambil meredakan tekanan yang dihadapinya ketika ini.

“Semua pemain pemain menerima kedatangan saya dengan baik. Mereka bergerak dan tahu posisi masing masing. Ianya berjalan dengan lancar.

 

 

“gandingan pemain muda dan senior dan kesemua bersedia. Mereka adalah pemain pemain yang terbaik dipilih untuk mewakili Malaysia. Sudah tentu ia akan menjadi sesi yang menyeronokkan,”kata Sumareh.

Dalam pada itu, tan Cheng Hoe tidak mahu Sumareh terlalu tertekan dengan situasi semasa, namun pada masa, mengharapkan pemain berusia 27 tahun itu mampu mempamer aksi yang terbaik andai diberi peluang untuk beraksi kelak.

“Memang kita harap Sumareh bermain dengan prestasi yang terbaik kerana mungkin beliau rasa tertekan kerana harapan dan jangkaan yang terlalu tinggi tetapi kita harapkan beliau mampu menunjukkan sesuatu seperti yang kita harapkan,”kata Tan Cheng Hoe.

Please follow and like us:
0