Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan mengekalkan kalendar 10 pusingan untuk musim 2022. Sepertimana yang telah dipraktikkan dalam musim 2020 dan 2021, kejohanan lumba motosikal terbesar negara akan ditumpukan di tiga litar tetap iaitu Litar Antarabangsa Sepang, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.

Aksi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan bermula dengan pusingan pembuka tirai di Litar Utara Sepang pada 12 dan 13 Mac tahun depan.

Kalendar perlumbaan Cub Prix musim 2022 adalah seperti berikut:

Pusingan 1 Sepang Utara 12 & 13 Mac, 2022

Pusingan 2 Litar Tangkak 14 & 15 May, 2022

Pusingan 3 Sepang Selatan 11 & 12 Jun, 2022

Pusingan 4 Litar Permotoran Terengganu 24 & 25 Jun, 2022

Pusingan 5 akan diumumkan 16 & 17 Julai, 2022

Pusingan 6 Sepang Utara 6 & 7 Ogos, 2022

Pusingan 7 Litar Permotoran Terengganu 26 & 27 Ogos, 2022

Pusingan 8 Sepang Selatan 8 & 9 Oktober, 2022

Pusingan 9 Litar Tangkak 29 & 30 Oktober, 2022

Pusingan 10 akan diumumkan 3 & 4 Disember, 2022

“Mengikut arah baharu yang telah dipersetujui dengan semua pihak yang berkenaan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan lebih mengutamakan penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap. Ada kemungkinan kami akan menganjurkan beberapa perlumbaan di dalam litar sementara seperti dahulu. Namun demikian, litar tetap akan lebih diutamakan untuk menaikkan taraf sukan permotoran Malaysia,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

“Kami berharap akan ada lebih banyak fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar akan dibina dalam negara ini. Kemudahan-kemudahan ini banyak membantu dalam usaha meningkatkan daya saing sukan permotoran negara.”

“Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menyempurnakan kejohanan musim 2021. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan yang turut menjayakan musim 2021 yang mencabar ini,” kata Ron lagi.

- Advertisement -