Selepas saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) melabuhkan tirai secara rasmi pada Sabtu lalu, Roelant Oltmans menyenaraikan 34 pemain untuk mengikuti kem latihan pusat sebagai persiapan untuk menggalas tugas ke Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung pada April.

Pengendali Skuad Kebangsaan, Roelant Oltmans dan Penolong Jurulatih, Muhammad Amin Rahim telah mengumumkan senarai 34 pemain yang akan memulakan sesi latihan bermula Isnin depan.

Mereka akan dinilai selama tiga minggu oleh jurulatih negara sebelum senarai akhir 25 pemain diumumkan pada penghujung Mac sekaligus menggalas tugas ke Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak yang akan berlangsung pada 11 hingga 18 April 2020.

Daripada 34 pemain, 11 merupakan pemain muda dan yang pertama kali dipanggil untuk diberi peluang samada layak menyarung jersi kebangsaan atau sebaliknya.

16 pemain yang dipanggil merupakan mereka yang beraksi bersama kelab Tenaga Nasional Berhad (TNB), lapan pemain daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), lima pemain daripada Terengganu Hockey Team (THT), empat lagi daripada Maybank dan seorang pemain Hockademy KL.

Roelant Olthman ketika sidang media berkata, beliau telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dicapai oleh pemain pemain.

“Dalam tempoh tiga minggu penilaian, 11 muka baru perlu menunjukkan potensi sebenar mereka untuk bersaing di pentas antarabangsa dan perkara tersebut juga akan dinilai.

“Disamping pemain utama yang sedia ada di dalam pasukan, adakah pemain-pemain baru ini telah bersedia untuk beraksi bersama pemain utama atau mereka memerlukan lebih banyak masa.

“Ada tiga perkara utama yang akan menjadi penilaian untuk pemain yang telah dipanggil iaitu pertama adakah mereka telah bersedia secara fizikal untuk bermain di pentas antarabangsa.

“Mereka perlu melepasi ujian yang dijalankan dan mempunyai enam minggu untuk melakukan penambahbaikan selain mengenalpasti apakah jenis penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam tempoh enam minggu tersebut.

“Kedua adalah perlaksaan asas permainan hoki dan pada saya ia adalah salah satu perkara yang penting untuk diperbaiki kerana ia juga merupakan kesilapan yang paling mudah untuk dilakukan oleh pemain.

“Akhir sekali adalah penilaian dari segi teknikal dan ini merupakan tiga perkara penting yang akan dinilai pada pemain dalam minggu pertama latihan,” jelasnya.

Senarai 34 pemain yang dipanggil menjalani kem latihan pusat:

Penjaga gol: – Mohammad Hairi Abd Rahman (TNB) – Adrian Andy Albert (UniKL) – Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (THT) – Muhamad Zaimi Mat Deris (Maybank)

Pertahanan: – Muhammad Razie Abd Rahim (UniKL) – Muhammad Najmi Farizal Jazlan (UniKL) – Muhammad Firdaus Omar (THT) – Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (THT) – Muhammad Nur Asyraf Ishak (Maybank) – Faiz Helmi Jali (TNB) – Muhammad Najib Abu Hassan (TNB) – Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (TNB) – Muhammad Aminudin Mohd Zain (TNB) – Muhammad Arif Syafie Ishak (TNB)

Tengah: – Muhammad Marhan Mohd Jalil (UniKL) – Mohamad Ashran Hamsani (UniKL) – Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah (UniKL) – Meor Muhamad Azuan Hasan (Maybank) – Abdul Khalid Hamirin (THT) – Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (TNB) – Shello Silverius (TNB) – Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad (TNB)

Penyerang: – Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (UniKL) – Muhamad Hafiz Zainol (UniKL) – Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin (THT) – Muhammad Haziq Samsul (Maybank) – Arif Sabron (Hockademy KL) – Norsyafiq Sumantri (TNB) – Muhammad Shahril Saabah (TNB) – Firhan Ashaari (TNB) – Mohamad Akhimullah Anuar Esook (TNB) – Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (TNB) – Muhammad Noor Firdaus Rosdi (TNB) – Muhammad Amirul Hanif Mamat (TNB)

- Advertisement -