zainal-abidin-hassan

Oleh Ku Mohd Lufti

Isu melibatkan pemain pertahanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Itu maklumat terkini daripada pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan yang tidak mahu melihat isu tentang perpindahan Azrif berpanjangan.

Malah, Zainal turut memaklumkan, isu tersebut tidak menjejaskan persiapan skuad The Red Giants untuk mengharungi fasa kedua Liga Super dan Piala Malaysia.

“Perbincangan akan diadakan bersama keluarga dan pengurusan FAS dan keputusan akan dimaklumkan oleh jawatankuasa tertinggi FAS dalam masa terdekat,” kata Zainal.

Malah, Zainal tidak menafikan beliau masih memerlukan khidmat Azrif meskipun pemain berusia 25 tahun itu kini sedang diintai pasukan pasukan lain.

Isu melibatkan pemain kelahiran Kota Damansara itu yang meluahkan hasrat untuk meninggalkan The Red Giants bermula sejak awal musim.

Malah, hasratnya itu kini turut melibatkan campur tangan keluarganya walaupun kontraknya bersama Selangor masih berbaki 18 bulan.

Gergasi dari selatan tanah air, Johro Darul Takzim (JDT) merupakan pasukan yang sedang memburu untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Harimau Muda ini untuk menyarung jersi Harimau Selatan.

- Advertisement -