sea_games_2017

Oleh Ku Mohd Lufti
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan peranan media sukan khususnya bersama sama menghidupkan demam Sukan SEA dan Para ASEAN lebih awal.
dua temasya ini merupakan platform kepada atlet-atlet baru untuk mempamerkan prestasi dan bersaing di pentas antarabangsa.

“Saya harap pihak media dapat menghidupkan SEA Games fever dari sekarang agar kita dapat gunakan advantage selaku tuan rumah untuk menarik lebih ramai penonton dan penyokong di venue-venue sukan,” katanya.

Malah, Khairy mengalu-alukan input dan idea daripada pengamal media sukan bagi membantu kementerian menjayakan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para Asean pada Ogos tahun depan.

“Saya yakin dan percaya dengan kerjasama media dan semua pihak, penganjuran temasya sukan Kuala Lumpur 2017 akan lebih baik dari Singapura,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media sukan di sini semalam.

- Advertisement -