purple-2

Oleh Ku Mohd Lufti

Usaha untuk mengembangkan dan membangunkan sukan badminton mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi penganjuran Purple League.

Memasuki edisi ketiga tahun ini selepas pertama kali diperkenalkan pada 2014, tarikan kejohanan ini bukan lagi tertumpu kepada pemain pemain elit dunia.

Malah, penganjur juga turut menumpukan peluang buat pelapis pelapis menerusi liga yang kompetitif dan ia dimulakan pada 2015.

Berucap di majlis pelancaran SS Purple Leagu (SSPL) bagi edisi 2017, Presiden BWF Paul Eric Hoyer melihat kejohanan ini mampu menarik minat pemain pemain terbaik dunia untuk beraksi di kejohanan seperti ini.

SSPL akan beraksi di dua venue, Gem In Mall, Cyberjaya dan Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras manakala pusingan akhir akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Selain pemain tempatan antaranya Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem dan Zhao Yunlei, nama nama besar yang dijangka menyertai kejohanan ini seperti Markis Kido dari Indonesia, Lee Hyo Jung dari Korea Selatan dan Zhao Yun Lei dari China.

Sepuluh kelab yang akan menyertai SSPL 2016 adalah Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya, KB Klang City, KB Serdang, KB Puchong United, KB Petaling Jaya, KB Petaling, KB Muar, KB Kepong, KB BU Dragons, dan KB Bangsar Hawks.

- Advertisement -