Selepas mengumumkan penundaan beberapa kejohanan dibawah siri jelajah dunia dan kejohanan yang diiktiraf oleh badan induk badminton dunia, BWF sebaik tamat saingan All England, BWF menambah senarai kejohanan yang ditangguh.

Lima kejohanan sah akan ditunda yang berada di dalam minggu ke 17 kalendar BWF dimana salah satunya merupakan peluang terakhir buat pemain pemain untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Kejuaraan Badminton Asia yang dijadual berlangsung dari 21-26 April.

Senarai kejohanan yang ditunda:

VICTOR Croatian International 2020 (16-19 April)
Peru International 2020 (16-19 April)
2020 European Championships (21-26 April)
Badminton Asia Championships 2020 (21-26 April)
XXIV Pan Am Individual Championships 2020 (23-26 April)

Penularan pandemik Covid-19 ke serata dunia memaksa BWF untuk mengadakan rundingan dengan wakil Konfederasi Benua dan wakil wakil yang menjadi tuan rumah untuk menunda kejohanan ini.

Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pemain, pegawai dan komuniti badminton di seluruh dunia adalah keutamaan.

Kesemua lima kejohanan ini berada di dalam tempoh bagi kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020 mungkin akan diadakan selepas tamat temasya Olimpik yang dijadual berlangsung dari Julai dan Ogos depan.

Keputusan dan kedudukan berhubung proses kelayakan ke Olimpik akan dimaklumkan oleh BWF kelak.

- Advertisement -