Selepas membisu hampir seminggu, Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) tampil mendedahkan cerita yang tersembunyi disebalik ‘perang’ dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Presiden PHKL, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan punca mengapa persatuan itu diarah mengosongkan Stadium Haoki Kuala Lumpur oleh DBKL.

 

PHKL menerusi Jawatankuasa Stadium yang dibentuk pada November 2019 perlu menampung kos yang tinggi berbanding daripada tawaran peruntukan pengurusan yang dibayar oleh pihak DBKL.

PHKL menganggung tunggakkan lebih RM100,000 melibatkan pembayaran utiliti (TNB dan SYABAS) ditambah komitmen penyelenggaraan bulanan yang tinggi walaupun telah diberikan peruntukan sebanyak RM19,000.00 oleh DBKL

Dalam pada itu, Megat D Shariman dan barisan kepimpinan PHKL memohon maaf atasĀ  kesulitan yang timbul dan mengharapkan warga hoki Kuala Lumpur memahami situasi diatas penjelasan yang dibuat.

 

- Advertisement -