Susulan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan kelab bolasepak, Johor Darul Takzim (JDT) terbang ke Doha, Qatar untuk menyertai saingan Liga Juara Juara Asia (ACL), pengurusan Harimau Selatan menerima arahan tersebut dengan hati yang terbuka.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menjelaskan skuad Harimau Selatan itu tidak dibenarkan ke Qatar minggu depan bagi menghadapi persaingan ACL dari 18 Nov hingga 19 Dis.

Tindakan itu selari dengan keputusan kerajaan ketika ini yang masih menutup pintu sempadan negara, sekaligus tidak membenarkan rakyat ke luar negara serta warga asing memasuki negara ini yang turut meliputi pasukan bola sepak.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi kenyataan di laman sosial facebook, Johor Southern Tigers menjelaskan, pihaknya telahpun dimaklumkan MKN berhubung status penerbangan mereka ke Qatar.

JDT menghormati keputusan MKN yang mengambil kira faktor keselamatan susulan keadaan semasa Covid 19.

Qatar setakat 11 November, telah mencatatkan 134 887 kes jangkitan Covid 19 dengan 233 kes kematian direkodkan.

Semalam, kes baharu jangkitan Covid 19 dinegara itu adalah sebanyak 224 kes dan 1 kes kematian.

Tambah Alistair lagi, JDT berharap seluruh dunia mampu untuk menghadapi pandemik Covid 19 sebelum tahun 2021 membuka tirai.

 

 

 

- Advertisement -