PESILAT Pahang, Faiz Aniq Fazli menutup gelanggang pencak silat dengan sebutir emas kategori Bebas 85kg di Sukan Malaysia Ke-23 (Sukma XX) di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), hari ini.

Atlet kelahiran Temerloh itu menewaskan dari Wilayah Persekutuan, Nazreen Ahmad Imran dengan keputusan 56-10 pada perlawanan akhir.

ā€œBerbaloi kerana banyak pengorbanan saya lakukan untuk memastikan pingat emas ini. Saya terpaksa menangguhkan sementara pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sejak 2021 serta pelbagai rintangan ketika wabak Covid-19 melanda.

ā€œSaya tetap berlatih tetapi mungkin terpaksa menurunkan berat badan selepas ini kerana kelas (Bebas) ini tidak begitu sesuai,ā€ kata penuntut jurusan Sains Sukan itu.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam tetapi tewas di Kejuaraan Silat Sedunia di Melaka, baru-baru ini, Muhammad Khairi Adib Azhar gembira dapat menebus kehampaannya.

Dia nyata melepaskan geramnya apabila menang ke atas wakil Pulau Pinang, Mohamad Ridzuan Abdullah 49-6 pada pertandingan akhir.

ā€œIni emas pertama dan Sukma terakhir saya. Tetapi perjalanan saya masih jauh dan mahu kekal dalam skuad kebangsaan dan memberi yang terbaik,ā€ katanya yang akan tampil di Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan di Johor, November ini.

Silat menutup gelanggang dengan Terengganu muncul juara keseluruhan dengan 5 emas 4 perak dan 4 gangsa, diikuti Kedah (5-2-4), WP (3-4-6) dan Pahang (2-5-6).

- Advertisement -