Perjuangan skuad bawah 18 tahun negara di Kejuaraan AFF B18 di Vietnam masih menyinar selepas mengesahkan slot ke peringkt separuh akhir.

Aksi terakhir kumpulan B bagaimanapun menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney kecundang 0-1 di tangan Thailand hasil jaringan Sitthinan Rungrueang di minit 69 susulan kesilapan penjaga gol negara, Firdaus Irman Mohd Fadhi.

Malaysia tampak longlai sepanjang perlawanan kerana jadual perlawanan yang agak padat selain keadaan padang yang tampak menyukarkan pergerakan bola.

Thailand pula lebih bertenaga dan seharusnya menjaringkan lebih daripada tiga gol apabila peluang peluang terhidang berakhir dengan kekecewaan.

Malaysia mengesahkan slot ke separuh akhir selepas satu lagi pasukan yang turut berusaha merebut slot empat terbaik, Vietnam dikejutkan dengan kekalahan 1-2 ke atas Kemboja.

Malaysia menamatkan kumpulan B selaku nab juara dengan sembilan mata, tiga dibelakang juara kumpulan, Australia yang menutup aksi terakhir kumpulan B dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Singapura.

Malaysia akan berdepan juara kumpulan A, Indonesia pada Sabtu bagi memburu slot ke perlawanan final.

 

- Advertisement -