Ahmad Afif Amran membawa keceriaan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing sekali lagi apabila beliau menyambar kedudukan pertama di podium bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Bermula di petak kedua, pelumba jentera Yamaha ini telah tampil dengan persembahan yang mantap apabila beliau memintas pesaingnya Md Haziq Md Fairues di saat-saat terakhir perlumbaan kategory CP125 ini.

Afif yang mendahului perlumbaan tersebut untuk dua lap pertama dipintas oleh Haziq yang kemudiannya menguasai litar sepanjang perlumbaan. Namun begitu, Afif mengukuhkan strateginya pada lap terakhir dan memintas Haziq di selekoh terakhir sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 14’36:498s.

Afif berkata, “Perlumbaan hari ini sememangnya suatu perlumbaan yang sengit. Walaupun saya mendahului dua lap pertama, Haziq berjaya memintas saya.”

“Sepanjang perlumbaan ini, cabaran saya adalah untuk mengukuhkan kembali kedudukan saya dan akhirnya mendapat peluang pada selekoh terakhir.”

Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’36:653s dan diikuti oleh rakan sepasukannya Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 14’42:303s.

Sementara itu, bagi kategory CP125, pasukan ONEXOX TKKR Racing meraihkan kemenangan berganda sekali lagi apabila duo pasukan mereka menyambar kedudukan pertama dan kedua di podium.

Md Hafiza Rofa dan Md Shafiz Rasol sekali lagi mengharumkan nama pasukan mereka apabila mereka menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s dan 11’44:012s masing-masing.

Menurut Hafiza, “Saya mengikut rentak kelompok pelumba pada permulaannya walaupun ramai yang merebut peluang untuk memintas.”

“Saya membuka langkah bila saya mendapat peluang dan mengekalkan kelajuan saya sehingga ke akhir perlumbaan.”

Tempat ketiga pula di ambil oleh Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing Team dengan catatan masa 11’45:596s.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mengukuhkan kedudukannya bagi kategory Wira KBS apabila mereka menyapu ketiga-tiga tempat di podium.

Md Syamil Amysar Md Iffende yang telah bermula di petak pertama menampilkan persembahan yang mantap apabila beliau memecut ke hadapan untuk mendahului kelompok pelumba.

Sepanjang perlumbaan, beliau telah memaparkan pengendalian jentera yang konsisten. Walaupun beliau dipintas oleh rakan sepasukannya, namun beliau berjaya mengukuhkan kedudukannya di tempat pertama sekaligus menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 8’43:929s.

Md Danish Aiman Zamrul menyusuli di tempat kedua dengan catatan masa 8’44:224s manakala Md Adam Haikal Jahar mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 8’44:442s.

 

Top 5 Riders for CP150:

Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:36.498

Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:36.653

Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:42.303

Azroy Hakeem Anuar HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:42.464

Md Izzat Zaidi Md Salehan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:42.613

Top 5 Riders for CP125:

Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:43.329

Md Aliff Danial Md Asri, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 11:44.012

Md Harith Farhan Baharin, TOBAKI PINK RACING TEAM, 11:45.596

Md Shafiq Rasol, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:46.008

Md Firdaus Md Hamdan, HONDA KC RACING, 11:46.645

Top 5 Riders for Wira KBS:

Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:43.929

Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.224

Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.442

Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, HONDA KC RACING, 8:44.721

Md Afiq Kharith Abu Bakar, V-FIERTECH WIRAMUDA RACING, 8:51.482

- Advertisement -