Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan Pertama bagi kumpulan B yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya melabuhkan tirainya hari ini meyaksikan Johor muncul juara keseluruhan selepas meraih empat pingat emas

Saingan perseorangan lelaki B16 menyaksikan wakil P Pinang, Tan Kean Wei mengesahkan status sebagai juara selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Wee Yee Tern 17-21, 21-18, 21-7.

“Lawan beri tentangan sengit, tetapi saya tetap cuba beri yang terbaik untuk menang. Banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan terutama ketika serangan.

“Bukan mudah untuk kekalkan keadaan fizikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi saya teruskan latihan secara atas talian (zoom) dan larian,”kata Kean Wei.

Sementara aksi final perseorangan wanita B16, Dania Sofea Zaidi mengesahkan status selaku juara bagi kategori perseorangan wanita bawah 16 tahun wanita selepas menundukkan wakil P Pinang, Celine Ng straight set 21-12, 21-14.

“Permainan dia (Celine Ng) pemain yang bagus kerana kami pernah berlawan dikejohanan lain tetapi hari ini saya bgermain dengan lebih bagus.

“Saya perlu perbaiki kesilapan sendiri untuk elak beri mata mudah kepada lawan,” kata Sofea.

Bergu lelaki B16 yang terdiri daripada dua wakil Johor diungguli Tan Jia Le-Yun Hang Siau yang menewaskan pilihan pertama, Toh E Hern-Wee Yee Tern 22-20, 21-13.

Manakala bergu wanita B16 dimenangi gandingan pilihan pertama dari P Pinang, Celine Ng-Oo Shan Zi yang menundukkan pasangan dari Johor, Tania Nai Navin Kumar-Wong Que Yin 20-22, 21-12, 21-13

Jurulatih Johor, Roslan Abd Ghani nyata berpuas hati dengan keputusan yang di capai pada pusingan pertama yang berlangsung minggu ini namun ia tidak bermakna pasukannya sudah boleh mendabik dada.

“Pencapaian keseluruhan pasukan Johor dengan empat pingat emas dan enam pingat perak. Persiapan kami seperti biasa walaupun ada PKP.

“Kita ada program sebelum turun ke kejohanan ini. Kita melakukan pemilihan termasuk kejohanan tertutup untuk memilih wakil ke kejohanan ini.

“Untuk saingan JET kedua di Negeri Sembilan, kami mensasarkan kejayaan yang lebih besar terutama bagi kategori bawah 16 tahun,”kata Roslan.

Saingan bawah 14 tahun perseorangan lelaki dimenangi wakil tuan rumah, Joon Hui Ethan yang menundukkan pemain P Pinang, Khaw Kai Shyang 21-19, 21-15 manakalapilihan pertama dari Pulau Pinang, Lee Joinne menundukkan pilihan kedua dari Pahang, N Mishaliny untuk mengungguli acara perseorangan wanita.

Khaw Kai Shyang bagaimana pun gagal meraih kejuaraan kedua menerusi bergu lelaki selepas gandingannya bersama Tan Hon Xuan tewas di tangan pasangan tuan rumah, Joon Hui Ethan-Damien Ling Tang Le 15-21, 9-21.

Lee Joinne pula cemerlang meraih kejuaraan kedua selepas gandingannya bersama sama Giovanni Kay Yi Shyuan mengatasi pasangan Johor, R Kheertiksha-Tung Ern Lim 21-13, 21-12.

Lain lain keputusan, Marcus Hang Yug Hwei dari Pahang muncul juara perseorangan lelaki b12 manakala Low Zi Yu mengungguli saingan perseorangan wanita.

R Kohgularaj-Marcus Hang Yug Hwei dan Auni Fathihin Azuan-Low Zi Yu (Johor) pula masing masing mengungguli acara bergu lelaki dan wanita bawah 12 tahun.

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C berlangsung dari 11 hingga 15 Mei dan terbahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

Selain BAM, 100PLUS juga menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pembangunan sukan di peringkat remaja menyokong Liga KPM.

 

Keputusan Perlawanan

Bawah 16 Tahun

BS U16 Tan Kean Wei – Wee Yee Tern 17-21 21-18 21-7
BD U16 Tan Jia Le – Yun Hang Siau vs [1] Toh E Hern – Wee Yee Tern 22-20 21-13
GS U16 Dania Sofea Zaidi -Celine Ng 21-12 21-14
GD U16 [1] Celine Ng – Oo Shan Zi vs Tania Nair A/P Navin Kumar – Wong Yue Qin 20-22 21-12 21-13

Bawah 14 Tahun

BS U14 Joon Hui Ethan Oh – Khaw Kai Shyang 21-19 21-15
BD U14 Joon Hui Ethan Oh – Tang Le Damien Ling vs Khaw Kai Shyang – Tan Hon Xuan 21-15 21-9
GS U14 [1] Lee Joinne – [2] Mishaliny Nanthakumar 22-20 21-14
GD U14 [1] Giovanna Koay Yi Shyuan – Lee Joinne vs Kheertiksha Rajandran – Tung Ern Lim 21-13 21-12

Bawah 12 Tahun
BS U12 Marcus Hang Yug Hwei – Lucas Yeo Zhou Jin 21-15 21-10
GS U12 [2] Low Zi Yu -Mirza Batrisyia Aghnia Nazri 21-12 29-27
GD U12 [2] Auni Fatihin Azuan – Low Zi Yu vs Chong Wan Xin – Mirza Batrisyia Aghnia Nazri 21-16 21-12
BD U12 Kohgularaj Ravichandran – Marcus Hang Yug Hwei vs [2] Goh Wei Zhan – Ze Zuan Alfred Phua 22-20 21-6 26m

- Advertisement -