Penantian untuk menamatkan kemarau tanpa podium selaku juara akhirnya terjawab buat pelumba negara, Alister Yoong apabila muncul juara perlumbaan Formula 4 SEA 2019 Pusingan kelima yang berlangsung di Litar Sukan Permotoran Madras (MMSC).

Alister yang muncul naib juara ketika perlumbaan kedua Pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang, mempamer pemanduan aggresif di Litar Sukan Permotoran Madras pada perlumbaan kedua.

Meskipun bermula dipetak kelima, Alister Yoong mempamer pemanduan yang cukup bertenaga untuk memintas sekaligus memimpin perlumbaan ketika diselekoh pertama.

Beliau yang juga anak kepada bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong mengekalkan pemanduan yang konsisten meskipun ditentang hebat pelumba lain termasuk Shihab Al Habsi (Oman) dan pelumba tempatan Yash Aradhya .

Alister mengesahkan kejuaran perlumbaan kedua Pusingan kelima selepas melintasi penamat dengan catatan masa keseluruhan 18:55:457 saat.

ā€œPermulaan yang baik untuk saya dan berjaya memintas pelumba lain. Selepas lima pusingan, ‘safety car’ keluar kerana ada jentera yang rosak dan ia meresahkan saya.

ā€œTetapi saya berjaya menjarakkan kedudukan sehingga perlumbaan tamat dan ianya cukup sempurna untuk saya,ā€kata Alister

Perlumbaan pertama, Alister menamatkan saingan di kedudukan kelima dan namanya kembali di sebut untuk menaiki podium selaku pemenang tempat ketiga di perlumbaan ketiga.

Ia susulan kesilapan pelumba tuan rumah, Yash Aradhya yang dikenakan penalti selepas didapati melanggar jentera Sneha Sharma

Nasib kurang menyebelahi Alister apabila menamatkan perlumbaan keempat yang juga terakhir minggu ini di kedudukan keempat dibelakang Shihab Al Habsi, Lucca Allen, dan juara Elias Seppanen.

Alister sekali lagi menaiki podium selepas diumum pemenang ketiga bagi kategori pelumba terbaik Pusingan 5 dibelakang Shihab dan Elias Seppanen.

ā€œTahun lalu saya berlumba dibawah kelas rookie, dan kali ini ia merupakan pengalaman yang manis. Sudah tentu saya akan mencari lagi kemenangan untuk perlumbaan seterusnya,ā€katanya lagi.

Saingan F4 SEA akan diteruskan di Litar Sukan Permotoran Madras pada 19-21 Julai bagi Pusingan Keenam.

- Advertisement -