az4a6795

Oleh Ku Mohd Lufti

Kempen peringkat kumpulan A skuad Bawah 19 Tahun negara di Kejohanan Bolasepak Piala AFF di Hanoi, Vietnam bermula dengan kemenangan selepas menang selesa 5-0 ke atas Filipina.

Jaringan pembukaan skuad kendalian Frank Bernhardt di Stadium Hang Day dimulakan oleh Mohd Hariz Kamarudin di minit ke 37 hasil tandukan selepas menyambar sepakan penjuru Muhd Shah Amirul Mohd Zamri.

Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew melebarkan kedudukan kepada 2-0 untuk Malaysia hasil sepakan percuma yang terus menerjah gawang Filipina di minit ke 31.

Kelebihan dua gol yang dimiliki selepas tamat 45 minit pertama berubah di babak kedua perlawanan, Malaysia dihadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan Muhd Shah Amirul pada minit ke 75.

Empat minit berselang, Mohamed Syamer Kutty Abba menjadikan kedudukan 4-0 sebelum Badrul Amin Rusalan melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol kelima ketika perlawanan berbaki seminit untuk ditamatkan.

Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan A berdepan Singapura pada Khamis.

- Advertisement -