Ramdan Rosli mugshot

Soon after the steady progress shown by PETRONAS Talent Development rider Hafizh Syahrin Abdullah in the Moto2 class of the World MotoGP, another young rider groomed through the same developmental platform is getting ready for his first MotoGP appearance. As the Sepang International Circuit prepares to host the Malaysian round of the MotoGP this October, 19-year-old Mohd Ramdan Rosli has been confirmed for a wildcard ride in the Moto3 class.

Ramdan will take part in the Moto3 class that runs on single-cylinder 250cc four-stroke engines under the Team PETRONAS AHM Malaysia marquee.

Although considered a lightweight class, the Moto3 category has established itself as an exciting and challenging category with its nail-biting neck-to-neck battles and a grid filled with highly talented and ambitious future MotoGP stars.

“We are very happy that Ramdan has been given this opportunity and hope that the wildcard experience in Sepang will be a successful one for him. We’re also excited to see him and Hafizh Syahrin battle it out in their respective categories and will be cheering them on right to the finish line,” said Anita Azrina Abdul Aziz, Head of Brand Management, Group Strategic Communications, PETRONAS.

Son of former Cub Prix rider Rosli Mat Sudin, Ramdan was first discovered by team manager, Kenny Chua at the tender age of 12-years old and they have since developed a strong working relationship.

Together they have grabbed multiple titles in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship where Ramdan won the Yamaha one-make title in 2009 before he became the youngest Novice Overall Champion the following year.

Not limited to the national level, Ramdan was also active in the regional PETRONAS Asia Road Racing Championship where he competed in the Underbone 115cc (2010-2011) category before moving up to the hyper-competitive SuperSports 600cc in 2012.

Additionally, Ramdan has also made several spot entries in various Supersports 600cc races in China, Taiwan, Indonesia and Australia throughout the course of 2013 before making the jump to the Moto3 Spanish National Championship (CEV) this season.

Besides Ramdan, other Malaysians competing in the Moto3 are Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq Azmi and Hafiza Rofa. Meanwhile Hafizh Syahrin (PETRONAS Raceline Malaysia) and Azlan Shah Kamaruzaman is set to battle it out in the hyper-competitive Moto2 category.

Ramdan Rosli in action during the ARRC round at Suzuka

RAMDAN IKUT JEJAK HAFIZH, 

SEORANG LAGI PELUMBA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT PETRONAS MELANGKAH KE MOTOGP

Selepas melihat kemajuan berterusan yang ditunjukkan oleh pelumba yang dikembangkan bakatnya melalui Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Hafizh Syahrin Abdullah, kini muncul seorang lagi pelumba yang juga dibangunkan melalui program serupa dan akan tampil buat kali pertama di pentas kejuaraan dunia MotoGP. 

Bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di mana Malaysia menjadi hos kepada Kejuaraan MotoGP pada Oktober ini, pelumba berusia 19 tahun, Mohd Ramdan Rosli bakal mengisi slot wildcard di dalam kategori Moto3.

Ramdan akan beraksi di dalam kelas Moto3 dengan menggunakan jentera enjin empat lejang 250cc silinder tunggal bersama-sama pasukan PETRONAS AHM Malaysia.  Sekalipun dianggap sebagai kelas pengenalan, persaingan di dalam kategori Moto3 dijangka tetap mencabar dan hebat melibatkan pelumba-pelumba muda berbakat yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh nama-nama besar MotoGP satu hari nanti.

“Kami gembira kerana Ramdan dapat menerima peluang yang diberikan ini dan berharap pengalaman beraksi sebagai pelumba wildcard di Sepang akan membawa kepada kejayaan. Kami juga berasa gembira dan bangga kerana Ramdan dan Hafizh, kedua-duanya akan beraksi dalam kelas masing-masing pada saingan kali ini dan pasti kami akan memberi sokongan padu kepada mereka sehingga ke garisan penamat,” jelas Anita Azrina Abdul Aziz, Ketua Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.

Bakat Ramdan, anak kepada bekas pelumba Cub Prix, Rosli Mat Sudin mula dikesan oleh pengurus pasukan, Kenny Chua seawal usia 12 tahun lagi dan dari situ, bakatnya terus digilap sehingga ke hari ini. 

Kerjasama kedua-duanya telah membuahkan pelbagai kejayaan di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di mana Ramdan telah memenangi gelaran dalam perlumbaan kategori satu pengeluar Yamaha pada tahun 2009 sebelum bergelar juara keseluruhan CP115 termuda pada tahun berikutnya.

Bukan sekadar di peringkat kebangsaan, Ramdan turut melibatkan diri dalam perlumbaan di peringkat antarabangsa termasuk beraksi dalam saingan Underbone 115cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS pada tahun 2010 dan 2011 dan kemudiannya melangkah ke perlumbaan yang lebih mencabar, SuperSports 600cc pada tahun 2012.

Selain itu, Ramdan turut membuat penampilan di beberapa siri SuperSports 600cc lain termasuk di China, Taiwan, Indonesia dan Australia sepanjang tahun 2013 sebelum beralih menyertai saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) pada musim ini.

Selain Ramdan, tiga pelumba Malaysia turut akan beraksi dalam kategori Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq Azmi dan Hafiza Rofa manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Raceline Malaysia) dan Azlan Shah Kamaruzaman tampil dalam perlumbaan lebih kompetitif, kategori Moto2.

- Advertisement -