Skuad Harimau Malaya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas 0-1 kepada pauskan ranking ke 91 dunia, Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jaringan skuad kendalian Alexander Krestinin terhasil menerusi pemain gantian, Bekzhan Sagynbaev yang menyudahkan bola muntah yang terbias pemain pertahanan negara, Muhd Irfan Zakaria susulan rembatan deras Farkhat Musabekov dari luar kotak penalti di minit ke 68.

Sepanjang tempoh 60 minit permainan, Harimau Malaya kendalian tan Cheng Hoe dihidangkan deretan peluang untuk menggegar kubu lawan.

Meskipun permainan tampak hambar dengan hantara hantaran yang lemah, peluang terbaik Malaysia hadir di minit kelima menerusi percubaan Muhd Syahmi Safari, namun rembatannya tersasar.

Penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha pula perlu menyalahkan diri sendiri apabila rembatan dari dalam kotak penalti hasil hantaran Syahmi Safari sekadar menggegar palang yang dikawal Pavel Matiash di minit 29.

Norshahrul atau Mat Yo sekali lagi diberi peluang apabila kesilapan pertahanan pelawat dua minit sebelum tamat babak pertama gagal menemui jaring Kyrgyztan.

Gerakan solonya sambil dibantu kapten Mohd Zaquan Adha Abd Razak berjaya menewaskan tiga pertahanan lawan, namun rembatannya ditepis Pavel sekaligus menghampakan Tan Cheng Hoe.

Zaquan turut berpeluang untuk melakar nama selaku penjaring, namun Pavel sekali lagi cemerlang menafikan tandukan penyerang Kuala Lumpur itu.

Ketinggalan satu gol, Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran pemain namun ketumpulan penyudah terus menghantui Harimau Malaya.

Keadaan genting seketika di penghujung perlawanan, apabila pemain pertahanan, Mustafa Iusupov dilayangkan kad kuning kedua atas kesalahan teknikal.

Tiada jaringan tambahan dilakar sehingga tamat perlawanan menyaksikan Malaysia tewas kali kedua dalam tujuh perlawanan persahabatan antarabangsa dibawah kendalian Tan Cheng Hoe.  KU MOHD LUFTI 

 

Kesebelasan Utama Pasukan

 MALAYSIA:

22. Khairul Fahmi Che Mat (GK)

19. Syahmi Safari

17. Irfan Zakaria

3. Shahrul Saad

21. Syazwan Andik Ishak

15. Kenny Pallraj

14. Syamer Kutty Abba

11. Mohamadou Sumareh

9. Norshahrul Idlan Talaha

16. Syazwan Zainon

8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Pemain Gantian : 1. Haziq Nadzli (GK), 4. Fazly Mazlan, 5. Adam Nor Azlin, 6. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 7. Akhyar Rashid, 12. Akram Mahinan, 13. Amirul Azhan Aznan, 18. Mahalli Jasuli, 20. Azzizan Nordin, 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

 

KYRGYZ REPUBLIC:

1. Pavel Matiash (GK)

2. Mustafa Iusupov

3. Tamirlan Kozubaev

6. Sherzot Shakirov

9. Edgar Bernhardt (C)

10. Ernist Batyrkanov

15. Murolimzhon Akhmedov

17. Daniel Tagoe

18. Kairat Zhyrgalbek Uulu

20. Bakhtiyar Duyshobekov

22. Akhlidin Israilov.

Pemain Gantian: 4. Askarbek Saliev, 5. Amanbek Manybekov, 7. Aziz Sydykov, 8. Odilzhon Abdurakhmanov, 11. Bekzhan Sagynbaev, 12. Avazbek Otkeev, 13. Kalysbek Akimaliev (GK), 14. Pavel Sidorenko, 16. Valery Kashuba (GK), 21. Farhat Musabekov, 23. Aizar Akmatov.

 

- Advertisement -