Perenang negara Low Zheng Yong meraih emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 menerusi acara renang 400 meter (m) gaya bebas lelaki di kampus Ban Yang Noi.

Zheng Yong turun pada final acara itu merekodkan catatan 3 minit 59.57 saat (s) menundukkan perenang Indonesia, Nicolas Karel Subagyo di tempat kedua dengan catatan 4:01.85s.

Beliau dalam masa sama mengejutkan rakan senegara Welson Sim yang menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 4:07.29s.

Paling manis kejayaan dilakar Zheng Yong berjaya mengekalkan pingat emas dimenangi negara pada temasya edisi 2018  berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Dalam pada itu, impian untuk melihat kilauan emas kedua daripada kem renang negara terbantut selepas Goh Chia Tong menamatkan saingan di tempat kedua bagi acara 400m Chia Tong meraih pingat perak menamatkan saingan dengan catatan 4:28.51s di belakang perenang Singapura, Chan Zi Yi yang memenangi acara tersebut dengan catatan masa 4:27.58s

Sementara gangsa acara itu dimenangi perenang Indonesia, Prada Hanan Farmadini dengan catatan 4:28.68s.

Dalam aksi lain, kem renang turut menambah satu lagi kutipan pingat perak menerusi Ng Tze Xiang dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki.

Tze Xiang merekodkan catatan 24:82s di belakang perenang tuan rumah, Navaphat Wongcharoen yang mengungguli emas acara itu dengan catatan 24.79s.

Gangsa dimenangi perenang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan dengan catatan 25.05s.

- Advertisement -