sea_games_2017

Oleh Ku Mohd Lufti

MENTERI BELIA dan Sukan, YB En Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap permintaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelang pembentangan Bajet 2018 yang akan diumumkan pada Jumaat (21 Oktober 2016) dipenuhi.

Antara pembentangan yang diusulkan oleh YB En Khairy adalah persiapan sebagai tuan rumah dan atlet bagi temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.

“Saya telahpun berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan pada minggu lepas dan telah bentangkan keperluan Kementerian Belia dan Sukan, khususnya dalam konteks sukan.

“Jumlah secara kasarnya untuk Sukan SEA dan Para ASEAN, termasuk, persediaan atlet dan juga penganjuran untuk tahun depan lebih daripada RM 500 juta.”Kata YB En Khairy.

Tambahnya lagi, respon yang positif diterima, malah ia telahpun disokong lebih awal ketika Datuk Seri Najib menyampaikan insentif SHAKAM kepada atlet 8 Oktober lalu.

Ketika berucap, Perdana Menteri mengumumkan pertambahan peruntukkan buat sektor sukan susulan kejayaan atlet yang beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio de Janeiro Ogos lalu.

Dalam pada itu, YB En Khairy turut mengharapkan program pembangunan lain seperti Junior Cycyling Malaysia (JCM), Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) serta Program Podium akan diteruskan tahun depan meskipun perbelanjaan besar disalurkan untuk persiapan Kuala Lumpur 2017.

- Advertisement -