PASUKAN dianggap muka tetap dalam jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL), Green Project-Bardiani CSF-Faizane dijangka mampu lebih menyinar dalam saingan edisi ke-27 LTdL 2023 berdasarkan kepada reputasi mereka sepanjang musim ini.

Bardiani, adalah satu daripada tujuh pasukan berstatus ProTeam yang akan beraksi pada jelajah LTdL 2023, 23 hingga 30 September ini. Ia kini berada di tangga ke-23 senarai mata (setakat 11 Julai 2023), selain mendapat undangan beraksi di Giro dā€™Italia pada Mei lalu.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal berkata, enam pasukan ProTeam lain yang akan bersama-sama Bardiani adalah tiga pasukan dari Sepanyol yang akan membuat kemunculan kali pertama dalam sejarah LTdL – Caja Rural-Seguros RGA, Equipo Kern Pharma dan Euskaltel-Euskadi; Human Powered Health dari Amerika Syarikat, Team Corratec-Selle Italia (Itali) dan Tudor Pro Cycling Team (Switzerland).

Emir berkata, tujuh pasukan terpilih kali ini dijangka mampu memberi cabaran sengit kepada semua pasukan lain, termasuk tiga pasukan WorldTeam yang akan terpilih nanti, berdasarkan kedudukan mereka dalam senarai pungutan mata dalam senarai pasukan profesional ketika ini.

ā€œWalaupun berstatus ProTeam, Bardiani kini menduduki tangga ke-23 dunia setakat 11 Julai lalu dengan 2292.8 mata, turut mendapat undangan wildcard beraksi dalam Giro pada tahun ini.

ā€œKelibat pelumba mereka sering dapat kita lihat ketika adaĀ  kelompok yang aktif membuat breakawayĀ  dalam Giro serta terbaru kemenangan Peringkat 7 dan jersi kuning pelumbanya dari Eritrea, Henok Mulubrhan di Tour of Qinghai Lake di China,Ā  selain Enrico Zanoncello (Peringkat 5), menceritakan kekuatan pasukan ini,ā€ katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ditubuhkan pada 1982, Bardiani tampil kali pertama pada edisi ketiga LTdL 1998 dengan nama Scrigno-Gaerne dan meledak dengan nama Ceramica Panaria-Navigare pada 2005 apabila memenangi tujuh daripada 10 peringkat ā€“ 5 menerusi Graeme Brown dan 2 dari Guilermo Bongiorno.

Begitupun, pasukan bimbingan Roberto Reverberi itu kali terakhir memenangi peringkat pada edisi 2018 menerusi Andrea Guardini.

Sementara itu, Human Powered Health juga tidak asing dalam LTdL dan pasukan berpangkalan di Minneapolis, Minesota itu pernah muncul dengan nama Kelly Benefits, United Health Care dan Rally Cycling, dan kemenangan peringkat kali terakhir mereka adalah menerusi Adam de Vos pada Peringkat 3 LTdL 2018 dan dua peringkat oleh Travis McCabe pada edisi 2017.

ā€œSatu lagi pasukan yang berkayuh dalam Grand Tour ialah Team Corratec-Selle Italia yang bakal muncul buat kali pertama di LTdL tetapi berdasarkan perkembangan semasa, mereka juga wajar diberi perhatian terutama apabila turut menyerlah dalam Tour of Qinghai Lake dengan dua kemenangan peringkat,ā€ kata Emir.

Pasukan bimbingan Serge Parsani itu yang berada di tangga ke-39 pungutan mata (833 mata) turut mendapat undangan wildcard di Giro pada 6-28 Mei lalu dan menonjol pada Peringkat 7 apabila pelumbanya, Karel Vacek mendapat tempat kedua manakala Nicolas Dalla Valle menduduki tempat kelima pada Peringkat 5, dan terbaru Davide Baldaccini memenangi Peringkat 3 Tour of Qinghai Lake manakala Attilio Viviani menang Peringkat 6.

Tiga pasukan dari Sepanyol yang akan tampil pertama kali juga mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain terutama Caja Rural dan Euskaltel yang cukup berpengalaman luas berkayuh di Eropah, selain pasukan muda Equipo Kern Pharma yang ditubuhkan pada 2020.

ā€œKepada peminat sukan berbasikal, nama Caja Rural dan Euskaltel pasti tidak asing kerana kedua-dua pasukan ini adalah antara pasukan yang berpengalaman luas dalam jelajah di Eropah dan sering melahirkan pelumba muda yang akhirnya dilamar pasukan handalan dunia,ā€ kata Emir.

Sementara itu, Tudor Pro Cycling Team yang kini berada di tangga ke-25 ranking dunia (1,896 mata) adalah pasukan berasaskan pelumba akademi Switzerland dan menguasai kejohanan kebangsaannya dalam kategori elit dan Bawah-23 pada tahun lalu, menerusi Robin Froindevaux (elit), Fabien Weiss (ujian masa individu B-23) dan Nils Brun (lebuhraya B-23).

Sejak mendapat sentuhan bekas jaguh dunia, Fabian Cancellara pada 2022, pasukan itu turut mendapat perhatian dan diundang berlumba dalam siri Jelajah UCI Eropah seperti Tirreno-Adriatico dan Tour de Romandie.

Pada edisi 2022 lalu, pasukan berstatus ProTeam ketika itu seperti Alpecin-Deceuninck, Uno-X dan Burgos-BH memenangi lima daripada lapan peringkat yang dipertandingkan, dan tidak mustahil satu daripada tujuh pasukan ProTeam kali ini mampu bersinar.

ā€œSaya yakin, tujuh pasukan ProTeam yang dijemput kali ini termasuk lima pasukan muka baru dalam LTdL mampu mempamerkan kualiti kayuhan yang tinggi dan memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain,ā€ kata Emir.

LTdL 2023 akan bermula pada 23 September depan, melalui 11 daripada 12 negeri di Semenanjung dengan jarak keseluruhan 1,280.3km dan berakhir pada 30 September di Kuala Lumpur.

Dengan tema ā€˜Beat The Heatā€™, edisi ke-27 kali ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

 

PASUKAN PROTEAM LTdL 2023

Caja Rural-Seguros RGA (Sepanyol)

Equipo Kern Pharma (Sepanyol)

Euskaltel-Euskadi (Sepanyol)

Green Project-Bardiani CSF-Faizane (Itali)

Human Powered Health (Amerika Syarikat)

Team Corratec-Selle Italia (Itali)

Tudor Pro Cycling Team (Switzerland)

- Advertisement -