Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Najmi Razak secara rasminya mengumumkan senarai 18 pemain lelaki dan wanita kebangsaan bersama barisan kejurulatihan yang akan memikul tanggungjawab di Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, edisi ke-19 bermula 24 September hingga 7 Oktober 2023.

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan dan Skuad Wanita Kebangsaan akan mempertaruhkan tujuh pemain yang berada di dalam Skuad Sukan Asia 2018 di Jakarta Indonesia. Pada temasya berkenaan, Skuad Senior Lelaki Kebangsaan menamatkan saingan selaku naib juara sementara Pasukan Wanita di kedudukan kelima.

Bagi edisi ke-19, Skuad Lelaki Kebangsaan telah diundi di dalam Kumpulan B bersama Korea, China, Oman, Thailand dan Indonesia sementara Skuad Wanita Kebangsaan berada di dalam Kumpulan A bersama India, Korea, Hong Kong China dan Singapura. Umum juga mengetahui hanya juara Sukan Asia akan layak secara automatik untuk beraksi di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Melihat kepada senarai pemain yang telah diumumkan oleh Dato’ Najmi Razak di Pejabat KHM hari ini, Skuad Senior Lelaki Kebangsaan terpaksa melupakan khidmat Mohd Fitri Saari, Muhammad Syafiq Hassan dan Muhammad Shahril Saabah yang dilanda kecederaan.

Selain itu, Norsyafiq Sumantri yang telah kembali menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan, turut tidak berada di dalam senarai ekoran masih belum mencapai tahap kecergasan 100% termasuk dua pemain iaitu Mohammad Najib Abu Hassan dan Zulpidaus Mizun yang belum mencapai tahap kecergasan 100% selepas pulih daripada demam denggi.

Jelas Pengendali Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, A. Arulselvaraj, beliau mahu setiap daripada pemain yang telah diberikan kepercayaan untuk membawa nama Malaysia di kejohanan tersebut turun dengan satu semangat juang yang tinggi dan beraksi dengan sepenuh tenaga.

“Kami akan memberikan tumpuan dan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan selain turun dengan satu mentaliti bahawa setiap perlawanan adalah perlawanan akhir.

“Saya juga menuntut pemain untuk beraksi dengan bijak dan menampilkan satu permaianan hoki yang tersusun serta menikmati perlawanan tersebut dengan seronok sebagai satu pasukan,” ujar beliau.

Sementara bagi Pasukan Wanita Kebangsaan pula, Sukan Asia kali ini akan menampilkan pemain paling muda berusia 19 tahun, Siti Nur Irdina Mohd Nor yang akan meraih caps pertamanya bersama pasukan kebangsaan dan penjaga gol Nur Hazlinda Zainal Abidin juga akan turut mengumpul caps pertamanya bersama pasukan Senior Wanita Kebangsaan.

Pengendali Skuad Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menegaskan, beliau dan barisan kejurulatihannya sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad bimbingannya dan sentiasa meletakkan satu matlamat yang tinggi ketika menghadapi apa-apa kejohanan.

“Paling utama untuk saya dan barisan kejurulatihan adalah kami mahu melihat sejauh mana perkembangan pasukan ini apabila bertanding bersama pasukan gergasi di Asia.

“Kami percaya pada kualiti yang dimiliki pasukan dan akan sentiasa memberikan segala-galanya disetiap perlawanan.

“Untuk membentuk pasukan yang mantap bukannya mudah namun semua pemain sedar akan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh masing-masing,” jelas beliau.

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang bakal membawa cabaran Malaysia di Temasya Sukan Asia Ke-19, Hangzhou 2022

NO NAMA POSISI
1 MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN PENJAGA GOL
2 MOHD ZAIMI MAT DERIS PENJAGA GOL
3 MUHAMMAD RAZIE ABD RAHIM PERTAHANAN
4 MUHAMMAD MARHAN MOHD JALIL PERTAHANAN
5 MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN PERTAHANAN
6 MUHAMMAD AMINUDDIN MOHD ZAIN PERTAHANAN
7 MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR PERTAHANAN
8 MUHAJIR ABDU RAUF PERTAHANAN
9 MUHAMAD RAMADAN ROSLI PERTAHANAN
10 FAIZ HELMI JALI TENGAH
11 MEOR MUHAMMAD AZUAN HASSAN TENGAH
12 NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI TENGAH
13 MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL TENGAH
14 ABDUL KHALIQ HAMIRIN TENGAH
15 SHELLO SILVERIUS PENYERANG
16 MUHAMMAD FIRHAN ASHAARI PENYERANG
17 FAIZAL SAARI PENYERANG
18 MOHAMAD ASHRAN HAMSANI PENYERANG

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Temasya Sukan Asia Ke-19, Hangzhou 2022

NO NAMA POSISI
1 DATO’ MIRNAWAN NAWAWI PENGURUS PASUKAN
2 ARULSELVARAJ ANTHONISAMI KETUA JURULATIH
3 AZRUL EFFENDY BISTAMAM PENOLONG JURULATIH
4 KUMAR SUBRAMANIAM JURULATIH PENJAGA GOL
5 THOMAS MICHAEL DROWLEY JURULATIH KECERGASAN

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain Skuad Wanita Kebangsaan yang bakal beraksi di Temasya Sukan Asia Ke-19, Hangzhou 2022

NO NAMA POSISI
1 MASHITAH ABDUL KHALID PENJAGA GOL
2 NUR HAZLINDA ZAINAL ABIDIN PENJAGA GOL
3 NURAINI ABDUL RASHID PERTAHANAN
4 RAJA NORSHARINA RAJA SHABUDDIN PERTAHANAN
5 KHAIRUNNISA AYUNI MOHD SHARUDDIN PERTAHANAN
6 DAYANG NURAMIRAH ABANG MAHADINI PERTAHANAN
7 NURUL FATIN FATIAH AZMAN PERTAHANAN
8 JULIANI MOHAMAD DIN TENGAH
9 WAN NORFAIEZAH SAIUTI TENGAH
10 NURMAIZATUL HANIM SYAFI SHIEK FUAD TENGAH
11 NUR INSYIRAH EFFARIZAL TENGAH
12 SITI NUR IRDINA MOHD NOR TENGAH
13 FATIN SHAFIKA MAHD SUKRI PENYERANG
14 HANIS NADIAH ONN PENYERANG
15 NURAMIRAH SHAKIRAH ZULKIFLI PENYERANG
16 SITI ZULAIKHA HUSAIN PENYERANG
17 SITI NUR ARFAH MOHD NOR PENYERANG
18 NUR AFIQAH SYAHZANI AZHAR PENYERANG

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Temasya Sukan Asia Ke-19, Hangzhou 2022

NO NAMA POSISI
1 ROGAYAH MOHAMAD PENGURUS PASUKAN
2 MOHD NASIHIN NUBLI IBRAHIM KETUA JURULATIH
3 LAILIN ABU HASSAN PENOLONG JURULATIH
4 SITI RAHMAH OTHMAN PENOLONG JURULATIH
5 IKMAL ABDUL JABAR PENOLONG JURULATIH
6 FARAH AYUNI YAHYA JURULATIH PENJAGA GOL

 

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang telah diundi di dalam Pool B

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. AHAD : 24 SEPTEMBER 2023 9:00 PAGI MALAYSIA LWN THAILAND
2. SELASA : 26 SEPTEMBER 2023 11:15 PAGI MALAYSIA LWN OMAN
3. KHAMIS : 28 SEPTEMBER 2023 3:45 PETANG INDONESIA LWN MALAYSIA
4. SABTU : 30 SEPTEMBER 2023 1:30 PETANG MALAYSIA LWN KOREA
5. ISNIN : 2 OKTOBER 2023 8:45 MALAM CHINA LWN MALAYSIA

 

 

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Wanita Kebangsaan yang diletakkan di dalam Pool A

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. ISNIN : 25 SEPTEMBER 2023 12:45 TGH HARI MALAYSIA LWN HONG KONG CHINA
2. JUMAAT : 29 SEPTEMBER 2023 6:30 PETANG MALAYSIA LWN INDIA
3. AHAD : 1 OKTOBER 2023 10:15 PAGI SINGAPURA LWN MALAYSIA
4. SELASA : 3 OKTOBER 2023 12:45 TGH HARI MALAYSIA LWN KOREA

 

- Advertisement -