tmj

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar belum membaca atau meneliti maklumat yang terkandung di dalam pendrive yang diberikan oleh pemilik kelab Johor Darul Takzim, JDT.

Pendrive tersebut diserahkan kepada Khairy Jumaat lalu ketika mengadakan kunjungan di Istana Bukit Pelangi.

“Saya terima pendrive itu hari Jumaat, belum selesai. Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan terbabit.

“Bila sudah selesai nanti saya akan maklum kepada pihak media, apakah tindakan saya berkenaan pendrive terbabit,” kata Khairy.

Beliau juga mengharapkan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengkaji isi kandung pendrive tersebut yang didakwa Tunku Mahkota Ismail mengandungi pelbagai maklumat mengenai salah laku Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Isu melibatkan pendrive turut sampai ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengesahkan bersedia untuk menjalankan siasatan sebaik pendrive diserahkan oleh Khairy.

- Advertisement -