KELOMPOK terpilih bintang badminton masa depan negara sedia berhimpun bagi mempamerkan aksi kompetitif di atas gelanggang dengan bermulanya Kejohanan Grand Prix Akhir Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang dijadualkan di Seremban dari 4 hingga 8 Julai ini.

Rentetan daripada keputusan pada pusingan pertama dan kedua sirkit pada Mac dan Mei lepas, Kejuaraan Grand Prix Akhir nanti tidak syak bakal menyerlahkan kemampuan bintang masa depan negara sepanjang aksi lima hari yang akan berlangsung di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan.

Pada pusingan pertama, tuan rumah terdiri dari Pahang (Kuantan) bagi Zon A, Terengganu (Kuala Terengganu) bagi Zon B dan Putrajaya bagi Zon C. Sabah (Zon A), Kedah (Zon B) manakala Melaka (Zon C) pula merupakan hos bagi pusingan kedua.

Tanpa syak, , Sirkit Remaja Kebangsaan diperakui sebagai platform paling ideal buat bintang muda badminton menonjolkan kemampuan dan seterusnya berusaha menyusuri laluan menyertai kelompok pemain kebangsaan. Kebanyakan pemain kebangsaan sedia ada kini pernah menyertai kejohanan berkenaan di awal karier badminton mereka.

Andai pencapaian pada pusingan awal menjadi ukuran, kejohanan kemuncak itu nanti pasti menjadi medan sengit buat pemain muda memburu kecemerlangan. Antara yang menjadi tumpuan termasuk pemain muda Sabah Samin Demond Anthony, Mozes Mohd Hamizan dan Lye Jun Yew serta Joshua Voon Ern Hua dan Pui Wee Young dari Sarawak.

Gandingan muda dari Perlis Lai Jia Qing-Virayut Som Mat juga mempamer prestasi mengkagumkan pada pusingan pertama kategori Lelaki Bawah 16 tahun.  Pemain Johor Muhammad Affan Atabek dan Muniandy Sharveen, Jimmy Wong, Kok Jia Zheng dari Selangor serta bintang muda Pulau Pinang Samuel Lee  juga merupakan antara yang menonjol dalam saingan Lelaki Bawah 16 dan Bawah 14 tahun.

Di kalangan pemain wanita, antara yang menyerlah termasuk pemain Selangor K. Letshana yang mendominasi saingan Perseorangan Bawah 16 tahun sehingga membolehkannya terpilih menyertai skuad kebangsaan bagi Kejohanan Badminton Remaja Asia yang akan berlangsung di Jakarta dari 14 hingga 22 Julai ini. Letshana merupakan satu-satunya pemain dalam skuad kebangssan yang bukan berada di bawah payung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Barisan pemain wanita lain yang perlu diawasi termasuk Siti Nurshuhaini Azman dan R. Venosha, Samin Arena Satu, Goh Shuen Tong, Yeoh Zi Xuan, Odelia Wong Qiao, Amanda Yap Hwa Leng, Choong Ting Foong-Ong Ken You dan Lim Shin.

Jurulatih Melaka Choy Ah Sang menyifatkan Sirkit Remaja 100PLUS sebagai kejohanan “Kelas A” dan gelanggang paling tepat menyerlahkan dan mengenal pasti bakat muda yang telah memberi manfaat besar kepada Melaka.

Dua pemain Bawah 12 tahun – Yeow Chun Cher dan Aaron Tai – dari Melaka begitu menyerlah tahun ini dengan Chun Cher meraih Kejuaraan Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun pada pusingan pertama dan kedua. Beliau juga merupakan juara kebangsaaan Sekolah-sekolah (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, MSSM).

Kedua-dua mereka juga meraih gelaran beregu Bawah 12 Tahun bagi kedua-dua pusingan dan juga merupakan juara MSSM. “Terima kasih tidak terhingga kepada sirkit 100PLUS yang membolehkan kami mengenal pasti dan mencungkil bakat mereka. Saya yakin mereka inilah yang bakal menjadi bintang masa depan negara,” kata Ah Sang.

Sirkit Remaja Kebangsaan terus menjadi platform terbaik bagi pemain muda mengasah bakat untuk menjadi pemain kebangsaan dan menjadikan badminton sebagai kerjaya sukan professional mereka.

Pengurus Pengaktifan dan Penajaan 100PLUS, Engku Isyam Tuan Losin berkata sirkit remaja berkenaan telah membantu membangunkan ramai pemain. “Sirkit remaja ini merupakan medan terbaik buat para pemain muda dan terdapat lebih ramai Chong Wei untuk dicungkil di luar sana.”

Engku Isyam menambah kata, 100PLUS nyata komited dengan sokongan ke atas Sirkit Remaja 100PLUS dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). “Kami sedar kepentingan sirkit remaja terhadap pembangunan sukan ini di masa depan dan akan terus membantu BAM.”

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia. 100PLUS juga merupakan penaja utama Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS (Bawah 12 Tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS ACTIVE, yang dilancarkan sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lepas, merupakan minuman paling sesuai buat pemain muda yang bertanding dalam sirkit remaja berkenaan. Minuman tanpa berkarbonat itu mampu membantu pemain mencapai prestasi terbaik sepanjang bersaing dalam kejohanan dan acara mereka.

100PLUS ACTIVE yang dirumus bagi pengguna yang terbabit dalam sukan dan kecergasan yang memerlukan minuman penghilang dahaga yang mampu menghidrasi semula, memulih dan menghasilkan semula tenaga semasa dan selepas kegiatan dan aktiviti kecergasan mereka.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pasda Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini. Selain BAM, 100PLUS juga menyokong Persauan Badminton Malaysia dengan menjadi Penaja acara Liga Premier 100PLUS dan merupakan Minuman Isotonik Rasmi Liga Bolasepak Malaysia.

100PLUS komited dengan pelbagai program pembangunan sukan di peringkat remaja dan pada masa ini menyokong Liga KPM (di bawah MSSM) dan Kejohanan Golf Terbuka Remaja 100PLUS.  100PLUS merupakan minuman yang disokong oleh Majlis Sukan Negara.

- Advertisement -