Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak kembali semula ke saingan Liga Malaysia apabila sah bakal mengendendalikan Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur United (KL United FC) untuk saingan Liga Malaysia 2021 (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Feb.

Perkara tersebut disahkan ketua Pegawai Eksekutif KL United FC, Stanley Bernard Stephen Samuel dimana Bojan Hodak menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan tambahan setahun lagi.

Pengendali berusia 49 tahun itu akan memulakan tugasnya pada 15 Januari depan selepas tamat tempoh kuarantin pencegahan Covid 19.

Rekod yang dimiliki Hodak dalam kancah Liga Malaysia menjadi kriteria utama KL United FC memilihnya untuk mengemudi pemain pemain bagi musim 2021.

Karier terbaik Bojan Hodak adalah memastikan Kelantan menaiki podium selaku juara treble selepas memenangi gelaran juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012 selain membantu Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super pada 2014.

KL United FC sebelum ini telah mendapatkan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Timor Leste, Simón Elissetche namun sijil kejurulatihan yang dimilikinya tidak diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 

Sasaran utama yang ditetapkan kepada Bojan Hodak adalah memastikan KL United FC kekal dalam saingan Luga Super. Jika gagal, kontraknya tidak akan diperbaharui.

KL United FC telah mendapatkan beberapa pemain antaranya Safee Sali, Muhd Hadin Azman serta bekas pemain import Terengganu, Dominique Da Slyva 

Untuk rekod, KL United FC dinaikkan ke Liga Super 2021 walaupun menduduki tempat ketiga dalam Liga Premier musim lepas susulan pasukan yang muncul naib juara Terengganu FC II (TFC II) tidak dapat beraksi dalam Liga Super kerana mereka adalah pasukan sokongan kepada Terenganu FC (TFC).

- Advertisement -