Pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak akan membimbing pasukan negara beraksi di Kejuaraan AFC B-19 di Indonesia bermula 18 Oktober depan dan dia tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.

Dengan menjadikan aib yang menimpa skuad B-16 negara kendalian Lim Teong Kim di Kejuaraan AFC B-16 di Kuala Lumpur pada minggu lalu sebagai pengajaran, Bojan bersikap lebih realistic di dalam meletakkan sasaran.

Skuad Teong Kim tersingkir dengan cukup memalukan setelah hanya mampu melakar satu kemenangan dan dua kali tewas sekaligus menduduki tangga tercorot Kumpulan A walaupun sasaran yang diletakkan adalah mara ke separuh akhir seterusnya menyambar tiket bermain di Piala Dunia B-17 tahun depan.

“Kita harus ambil iktibar dari kegagalan skuad Teong Kim baru-baru ini. Semua tahu skuad B-16 membuat persiapan agak lama empat hingga ke lima tahun dan mereka juga disediakan dengan bajet begitu besar. Namun ia tidak buat pasukan saya, jadi untuk meletakkan sasaran layak ke Piala Dunia bagi saya cukup tinggi dan sukar sama sekali.

“Malah, pada majlis undian kumpulan, kita hanya diletakkan dalam balang empat kerana ranking kita jauh di belakang pasukan-pasukan lain jadi kita perlu realistik dan sedar bahawa kita adalah pasukan ā€˜underdogā€™,ā€ kata Bojan.

Tambahnya, “Tipu kalau saya katakan barisan pemain dan jurulatih tidak mahu pergi ke Piala Dunia B-20, tetapi saya meminta kepada mereka supaya ambil satu demi satu perlawanan dan berikan aksi yang terbaik untuk melakar kejutan.”

Sebagai makluman, Kejuaraan AFC B-19 menawarkan slot bermain di Piala Dunia B-20 di Poland tahun depan kepada empat semifinalis.

Malaysia yang muncul juara Kejuaraan AFF B-19 di Indonesia pada Julai lalu diundi sekumpulan bersama Arab Saudi, Tajikistan dan China dalam Kumpulan D.

Mereka akan membuka tirai saingan menentang Arab Saudi pada 20 Oktober, Tajikistan (23 Oktober) dan China (26 Oktober).

Sebagai latihan persiapan fasa akhir, Bojan akan membawa barisan pemainnya untuk sekali lagi berlatih dan menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di Muscat, Oman pada awal Oktober.Ā MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -