Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bolasepak berada di dalam kategori aktiviti yang tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksana bermula 4 Mei.

Hampir semua sektor industri akan dibuka semula dengan syarat utama, penjarakkan sosial perlu dipatuhi.

Namun buat industri sukan, bola sepak antara yang maish belum mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyambung semula aktiviti yang telah ditunda sejak 16 Mac lalu.

“Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan. Kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak covid 19 dan masih tidak dibenarkan. 

“Selain perniagaan, aktiviti aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai ada sentuhan badan ataupun body contact dan lain lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Termasuk sukan bolasepak, ragbi, renang di tempat awam dan semua acara sukan indoor dan stadium,”kata Tan Sri Muhyiddin ketika perutusan khas bersempena Hari Pekerja.

Tambahnya, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. 

“Mulai 4 Mei,saudara saudari boleh bermain badminton atau tenis diluar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil yang tidak melebihi mungkin 10 orang dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakkan sosial dan elakkan sentuhan badan,”katanya lagi.

Susulan pengumuman yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terutamanya dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung status Liga Malaysia.

Berikut merupakan aktiviti sukan yang dilarang oleh MKN.

 

- Advertisement -