Atlet Powerlifting negara, Bonni Bunyau Gustin mengesahkan status sebagai penyumbang pingat emas pertama Malaysia di sukan Paralimpik Tokyo 2020 pagi ini.

Beliau yang beraksi dalam kategori bawah 72 Kg nyata cukup gah di atas pentas di Tokyo International Forum apabila cemerlang dengan angkatan pertama 217kg tatkala 9 pesaingnya gagal dan hanya melakukan angkatan dibawah angka 200kg.

Badang negara ini terus meninggalkan pesaing dengan perbezaan yang jauh apabila cemerlang melakukan angkatan seberat 228kg dipercubaan ketiga kesekaligus mencatat rekod baharu kejohanan.

Anak jati Sarawak yang juga juara dunia cuba untuk melakukan angkatan 231kg sekaligus berhasrat untuk memadamkan rekod dunia miliknya 230kg yang dilakukan pada tahun ini ketika di Dubai.

Namun hasrat itu tidak kesampaian apabila percubaannya gagal, namun tetap mampu untuk berbangga apabila sah membutirkan emas pertama untiuk kontinjen Malaysia.

Perak menjadi milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attiya dengan angkatan terbaik 191 kg sementara gangsa milik Micky Yule dari Great Britain yang mencatat 182 kg.

Bonni Bunyau pernah dinobat pemenang Anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik di majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)–100PLUS 2019.

 

- Advertisement -