Kejohanan badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung dari 25-30 Mei depan ditangguhkan.

Perkara tersebut diumumkan Persekutuan Badminton Dunia menerusi kenyataan media hari ini selepas mendapat persetujuan bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kenyataan tersebut menjelaskan, penganjur kejohanan dan BWF telah mengeluarkan garis panduan langkah langkah keselamatan untuk memastikan kejohanan dan semua yang terlibat selamat daripada sebarang ancaman jangkitan, namun peningkatan kes harian memaksa kejohanan ini ditangguhkan.

Celcom Axiata Terbuka Malaysia merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam Jelajah Dunia BWF dan menawarkan mata kelayakan ke sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penundaan ini bermakna Terbuka Malaysia 2021 tidak akan berada dalam jendela bagi memburu slot kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020.

 

 

- Advertisement -