Oleh Ku Mohd Lufti

Persiapan jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei untuk menyertai kejohanan All England khususnya terjejas apabila mengalami kecederaan lutut ketika menjalani sesi latihan pada pagi Sabtu.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen memberi bayangan, pemain nombor satu itu sah terlepas Kejohanan Badminton All England.

“Dia terjatuh dan memberi kesan terhadap lutut dan ada kemungkinan ligamennya mengalami kecederaan sedikit. Kadang kala selepas pemeriksaan kecederaan tersebut mungkin tidak seteruk yang di sangkakan.” Kata Frost.

Dalam pada itu, Ketu jurulatih perseorangan negara, Hendrawan mengesahkan Chong Wei mengalami kecederaan MCL (Medial Collateral Ligament) di lutut kirinya.

Beliau terjatuh ketika sedang berlatih di gelanggang di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

“Dia teruja untuk menjalani latihan selepas Tahun Baru Cina tetapi dia mengalami kecederaan dan ia mengambil masa natara tiga hingga enam minggu untuk pulih.” Kata Hendrawan.

Hendrawan melihat kecederaan yang dialaminya pastinya memberi cabaran yang getir buat Chong Wei tatkala usianya yang dilihat berada dipenghujung karier, namun jurulatih kelahiran Indonesia itu mengharapkan pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

- Advertisement -