Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann nyata gembira dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mengembalikan semula rentak permainannya sebelum mengharungi dua kejohanan di Eropah pada bulan Mac depan.

Jelas Choong Hann, pihaknya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada Zii Jia yang menghuni tangga kelapan dunia dalam ranking BWF ketika ini untuk mengembalikan prestasinya dimana kekuatan mental menjadi fokus agar beliau dapat melupakan cerita pahit ketika di Thailand pada Januari lalu.

Sepanjang sesi latihan Choong Hann melihat, Zii Jia menunjukkan semangat kental dan berusaha keras untuk mengatasi segala kepayahan.

Zii Jia akan menyertai dua kejohanan, Terbuka Switzerland dan All England. Choong Hann mengharapkan perkembangan yang positif daripada perseorangan negara itu di dua kejohanan itu nanti.

Beliau berharap peminat badminton negara memberinya ruang untuk bangkit dan berusaha kerana Choong Hann percaya ia adalah asam garam sebagai pemain.

- Advertisement -