Susulan pandemik coronavirus, penganjur pertandingan tempur, One Championsship mengesahkan mengambil langkah untuk mengurang jumlah staff susulan tiada pertandingan yang dilangsungkan hampir empat bulan.

Pengerusi One Championship, Chatri Sityodtong menjelaskan masih belum dapat dipastikan bila pertandingan ini dapat dilangsungkan.

Kira kira 200 hingga 500 kaki tangan organisasi yang berpengkalan di Singapura itu terpaksa diberhentikan untuk meraih $70 juta dan mengekalkan modal keseluruhan $346 juta.

Malah, operasi organisasi tersebut diperkemaskan semula susulan pengurangan staff.

Penjarakkan sosial bagi mengelak penularan virus Covid 19 menjadi faktor utama sukan itu dihentikan dan kali terakhir kejohanan One Championship dianjurkan adalah pada 28 Februari lalu dan diadakan secara tertutup.

Empat kejohanan telah dirangka di Singapura pada April dan Mei, namun terpaksa ditunda susulan perintah kawalan pergerakan yang dikenakan di negara itu.

Begitu juga dengan kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 29 Mei di Manila yang ditunda kerana Filipina masih berada di dalam perintah berkurung.

Proses penjadualan semula tampak sukar kerana hampir kesemua negara di dalam Asia masih tidak membenarkan kemasukkan pelancong luar, proses kuarantin dan peraturan penjarakkan sosial.

Setakat ini, hanya sukan tempur yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Ultimate Fighting Championship (UFC) disambung semula dan enam kejohanan telah dilangsungkan dengan syarat dan peraturan termasuk ujian Covid 19 yang ketat dijalankan.

 

 

- Advertisement -