Oleh Muhammad Aiman

Penerjun olimpik negara, Nur Dhabitah Sabri menerima perkhabaran ceria menuju ke 2017 apabila buat pertama kalinya layak secara merit ke Siri Terjun Dunia FINA yang akan membuka tirai pada Mac nanti.

Ia dibantu kejayaan penerjun berusia 17 tahun itu menduduki tempat kesembilan dalam aksi final acara 10m platform individu pada penampilan sulung Sukan Olimpiknya di Rio De Janeiro Ogos lalu.

Selain itu, Dhabitah juga akan bergandingan dengan Cheong Jun Hoong bagi acara 3m papan anjal seirama ā€“ pasangan itu terlepas kedudukan podium selepas kesilapan pada dua terjunan akhir memaksa mereka berpuas hati di kedudukan kelima.

Jun Hoong akan turut beraksi dalam acara 10m platform seirama bersama Pandelela Rinong, duo itu berganding cemerlang melakar sejarah sensasi buat kontijen negara di Rio apabila meraih pingat perak pertama buat negara dari luar sukan badminton.Ā Ā 

Untuk rekod, FINA menetapkan sembilan penerjun terbaik (individu) dan enam pasangan terbaik (seirama) akan layak ke Siri Terjun Dunia itu yang akan berlangsung empat pusingan iaitu di Beijing, China (3 – 5 Mac), Dubai, UAE (23 – 25 Mac), Windsor, Kanada (31 Mac – 2 April) dan Kazan, Russia (21 – 23 April).

Malaysia juga akan mempunyai tiga penerjun dalam senarai simpanan untuk siri tersebut iaitu Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal individu) sertam Syafiq Puteh-Loh Zhiayi (3m papan anjal seirama).

Bagi Dhabitah, ia jelas minggu yang cukup bermakna buatnya kerana beberapa hari lalu dia bersama Pandelela telah menerima tajaan selama empat tahun dari Malaysia Airlines Berhad, yang memberikan mereka tiket penerbangan kelas perniagaan untuk penerbangan domestik, tajaan kewangan untuk program latihan dan terbang ke Tokyo 2020.

Menurut Dhabitah, ā€œIni adalah kali pertama saya akan beraksi dalam acara individu di Siri Terjun Dunia. Saya tidak meletakkan sasaran tinggi cuma berharap dapat mengekalkan prestasi ditunjukkan ketika di Rio.

ā€œJurulatih (Yang Zhuliang) akan meletakkan saya beraksi di tahap kesukaran yang lebih tinggi tahun depan, jadi ini akan menjadi pendedahan yang baik buat saya.ā€

- Advertisement -