Eain.Yow

Oleh Ku Mohd Lufti

Lapan belas pemain negara melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC) edisi ke 23 yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

S Sivasangari mengetuai cabaran tiga pemain pilihan perseorangan wanita bersama sama wakil tunggal lelaki Eain Yow Ng dalam kategori bawah 19 tahun.

Aksi suku akhir, S. Sivasangari mudah menundukkan pemain India, Sunayna Kuruvilla dengan keputusan straight set 11-5, 11-6, 11-4 dalam masa hanya 23 minit.

Turut sama melangkah ke separuh akhir, pilihan kedua, Andrea Lee Jia yang dipaksa bekerja keras untuk menewaskan pemain Hong Kong, Ho Ka Wing dalam pertarungan lima set 4-11, 11-6, 11-7, 10-12, 11-6.

Pilihan keempat, Zoe Foo Yuk melengkapkan senarai tiga pemain negara ke separuh akhir bagi kategori bawah 19 tahun selepas menewaskan pemain India, Akanksha Salunke 11-8, 8-11, 11-7, 11-5 dalam masa 31 minit.

Aksi separuh akhir mwnyaksikan Sivasangari bertemu rakan senegara, Zoe Foo manakala Andrea Lee akan berdepan pilihan ketiga, Satomi Watanabe dari Jepun.

Kategori lelaki bawah 19 tahun pula memperlihatkan Ng Eain Yow muncul wakil tunggal negara ke separuh akhir selepas mengatasi pilihan kelima, Abhay Singh dari India 11-9, 11-5, 11-6 dalam masa 30 minit.

Ng akan bertemu pilihan keempat, Mohammad Al-Sarraj dari Jordan.

Kategori bawah 17 tahun menyaksikan Darry Gan menjadi peserta lelaki tunggal manakala Aliah Izzati dan Wen Li antara tiga wakil negara dalam acara wanita.

Malaysia mempunyai dua wakil bagi kategori bawah 15, dan dua untuk acara wanita sementara enam wakil negara beraksi di dalam kategori bawah 13 tahun.

Selain Malaysia, negara lain yang mengambil bahagian ialah Hong Kong, Singapura, India, Pakistan, Macau, Qatar, Korea Selatan, Iran, Jepun, Jordan dan Sri Lanka.

- Advertisement -