Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bakal berdepan hukuman selepas beliau didakwa telah merasuah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Pertuduhan itu timbul selepas Governor Wilayah Ishikawa Hiroshi Hase yang mengaku Kishida menyediakan ‘hadiah’ kepada ahli IOC ketika proses bidaan untuk menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2020.

Hiroshi Hase yang merupakan ahli Parti Demokratik Liberal Jepun ketika itu mempengerusikan jawatan bahagian promosi bidaan Tokyo 2020 mendedahkan Kishida menggunakan dana khas untuk membeli hadiah kepada ahli IOC.

Laporan media tempatan, Kyodo juga mendedahkan Hase telah menggunakan dana untuk menghasilkan album foto berkaitan ahli IOC dengan nilai 200 ribu yen atau lebih 1300 dolar US.

Jepun menganjurkan sukan Olimpik pada 2021 susulan penulara wabak Covid 19 pada 2020. Jika dakwaan ini benar, ia sekaligus melanggar kod etika yang ditetapkan oleh IOC.

Hase turut menambah, Perdana Menteri Jepun sebelum ini, Shinzo Abe memberitahunya untuk memastikan Jepun menang bidaan dan peruntukkan akan diberikan seperti yang dipinta termasuklah dana rahsia.

Presiden IOC, Thomas Bach pada minggu lalu ketika mengulas tentang kenyataan Hiroshi Hase tidak menyedari tentang isu tersebut.

Tokyo sah menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2020 pada 2013 selepas memenangi bidaan tersebut namun ia tidak dianjurkan pada tahun 2020 susulan penularan wabak Covid 19 sebaliknya ditunda setahun kemudian.

- Advertisement -