Kongress Billiard and Snooker Filipina (BSCP) mengesahkan akan menghantar 11 atlet untuk mengambil bahagian dalam sukan snooker and billiard di Sukan SEA ke 29 kelak.

Malah, BSCP turut meletakkan sasaran dua pingat emas daripada lima acara yang disertai.

Salah satu prospek emas yang akan turun beraksi adalah Efren “Bata” Reyes (gambar utama) yang akan mengambil bahagian dalam English Billiard individu lelaki, malah akan bergandingan dengan Francisco dela Cruz dalam acara berpasukan.

Kelibat pemenang pingat emas di Sukan SEA 2015 dalam acara 9-Ball Pool kategori lelaki individu, Carlo Biado juga sah akan beraksi  untuk mempertahankan pingat yang dimenangi dan akan bersaing bersama sama rakannya dalam acara yang sama, Johan Chua.

Bagi acara berpasangan pula,  pemenang pingat emas dua tahun lalu, Dennis Orcollo dan Warren Kiamko turut sah akan beraksi sekaligus mempertahankan pingat yang dimenangi di Kuala Lumpur.

Saingan kategori wanita pula menyaksikan pemenang pingat dan perak emas 9-Balls, Chezka Centeno dan Rubilen Amit sah akan turun memburu podium.

Manakala dalam acara snooker individu, Filipina menurunkan dua peserta, Jeffery Roda dan Basir Al Shajar.

Jeffery Roda pula akan bergandingan dengan Alvin Barbero untuk beraksi dalam acara berpasangan.

Dua bekas pemain, Rodolfo Luat dan Djanggo Bustamante akan memainkan peranan sebagai pembantu kepada 11 atlet tersebut selain memberi semangat dan pandangan kepada barisan kejurulatihan dan pegawai bagi pasukan Billiard and Snooker.

Sukan ini akan membuka tirainya bermula 22 hingg 27 Ogos di Dewan 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan menawarkan tujuh pingat emas.

Untuk rekod, di Sukan SEA ke 28 di Singapura, Filipina muncul juara keseluruhan bagi sukan Snooker and Billiard dengan tiga pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa diikuti Singapura dengan dua emas, satu perak dan tiga pingat gangsa. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -