Tiada perubahan dalam ranking futsal buat skuad negara yang kekal dikedudukan kelima dalam ranking futsal negara Asia Tenggara.

Malaysia berada dibelakang Indonesia, Vietnam, dan Australia sementara Thailand menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara.

Ranking yang dikemaskini pada hari ini dan dikeluarkan oleh https://www.futsalworldranking.be/afc_2.htm Malaysia mengumpul 881 mata, turun satu anak tangga dan untuk berada di kedudukan ke 13 bagi ranking Asia.

Sementara Indonesia dengan 1000 mata hanya ketinggalan 46 mata dibelakang Vietnam dan menduduki ranking ke 10 dan 9.

Australia pula ditangga kelima dengan 1177 mata sementara Thailand ketiga terbaik di benua Asia dengan 1325 mata dibelakang Jepun (1368 mata) dan jaguh Asia milik Iran yang mengumpul 1603 mata.

Myanmar pula menghuni tangga ke 22 dengan 793 mata diikuti Kemboja (588 mata) ke 29 dan Timor Leste (581 mata) di kedudukan ke 30 sementara Brunei Darussalam dengan 528 mata di kedudukan ke 32.

Tiga negara Asia Tenggara, Singapura (614 mata), Laos (596 mata), dan Filipina (540 mata) antara sembilan negara yang tidak dimasukkan dalam ranking kerana tidak aktif untuk tempoh 24 bulan.Ā  Ā  Ā  Ā Ā 

- Advertisement -