• Leicester City membuat tawaran kontrak jangka panjang kepada pemain tengah Liverpool, Adam Lallana yang mahukan pemain berusia 32 tahun itu beraksi di Stadium King Power. Kontrak Lallana akan tamat pada penghujung Jun depan.

 

 

  • Lima kelab EPL, Chelsea, Newcastle, Manchester United, Arsenal dan Leicester City sedang berperang untuk merebut pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho dan kos perpindahan untuk mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu dianggarkan sekitar ÂŁ90 juta.

 

  • Real Madrid mendedahkan tidak menerima sebarang tawaran terhadap pemain sayap Wales, Gareth Bale dan menjangkakan pemain berusia 30 tahun itu akan kekal bersama The Galaticos untuk tempoh semusim lagi.

 

 

 

  • Manchester United mendapat perkhabaran gembira selepas Shanghai Shenhua mungkin akan membenarkan lanjutan tempoh pinjaman penyerang mereka, Odion Ighalo untuk kekal di Old Trafford.

 

 

  • Paris St Germain hampir pasti melengkapkan perpindahan penyerang Inter Milan, Mauro Icardi secara tetap. Penyerang berusia 27 tahun itu dibawa ke PSG secara pinjaman dan akan tamat pada 31 Mei.

 

 

  • PSG memulakan kempen untuk mendapatkan pemain sayap Chelsea, Willian yang akan tamat kontraknya pada penghujung Jun.

 

 

 

  • Inter Milan menyatakan hasrat untuk mendapatkan penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette yang dijangka akan dilepaskan The Gunners sebaik jendela perpindahan dibuka semula.

 

 

 

 

- Advertisement -