• Chelsea mengalih perhatian mereka apabila menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang RB Leipzig, Timo Werner selepas pemain berusia 24 tahun itu menyatakan hasratnya untuk berhijrah.

 

  • Juara enam kali Ballon d’Or, Lionel Messi akan kekal di Nou Camp untuk tempoh sehingga musim depan selepas klausa untuk meninggalkam Barcelona secara percuma tamat.

 

  • Real Madrid tidak bercadang untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Willian secara percuma. Kontrak pemain berusia 31 tahun itu bersama The Blues akan tamat penghujung bulan ini.

 

 

 

 

Manchester United sanggup membayar £10.5 juta untuk mengekalkan tempoh pinjaman penyerang Shanghai Shenhua, Odion Ighalo sehingga Januari 2021. £6 juta merupakan bayaran pinjaman kepada kelab manakala pemain berusia 30 tahun itu akan dibayar gaji sebanyak £130,000 seminggu.

  • Arsenal bersedia untuk menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain pertahanan, David Luiz termasuk potongan gaji. Pemain berusia 33 tahun ini dibayar gaji £130,000 seminggu.

 

  • Pengurus England, Gareth Southgate tidak akan hadir ke stadium untuk menyaksikan sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris memandangkan ia bukan lagi kepentingan untuk dirinya.

 

  • Ejen pemain tengah Barcelona, Philippe Countinho mendedahkan pemain itu berhasrat untuk beraksi semula di Liga Perdana Inggeris.

 

 

  • Inter Milan berkemungkinan tidak dapat menyekat hasrat penyerangnya, Lautaro untuk meninggalkan San Siro. Malah telah membuat perancangan untuk mendapatkan penyerang Arsenal Pierre Americk Aubameyang sebagai pengganti.

 

- Advertisement -