• Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sukar untuk memberi jaminan pemain tengah, Matteo Guendouzi akan kekal di Emirates selepas diarahkan untuk meninggalkan The Gunners. Manchester United, Paris St Germain, Inter Milan dan Atletico Madrid berminat untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.
  • Celtic berhasrat mahu mendapatkan penjaga gol England, Joe Hart sebaik dilepaskan Burnley penghujung bulan ini selepas gagal memancing Fraser Foster yang beraksi untuk Southampton.

 

  • Arsenal mengintai peluang untuk mendapatkan pemain tengah Porto, Danilo Pereira dengan harga £18.2 juta. The Gunners juga turut berminat untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey.

 

  • Inter Milan hampir pasti menandatangani pertahanan Real Madrid, Achraf Hakimi yang kini dipinjamkan ke Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sekitar £35.8 juta

  • Layvin Kurzawa mungkin mengecewakan ‘peminatnya’ antaranya Arsenal dan Chelsea selepas dikhabarkan akan menandatangani kontrak baru sekaligus kekal bersama Paris St Germain untuk tempoh empat tahun

 

  • Dani Ceballos yang dipinjamkan oleh Real Madrid ke Arsenal berhasrat untuk kembali semula ke Sepanyol dan menyertai Real Betis, pasukan pertamanya ketika bergelar pemain profesional

 

 

Tim Divers sinister 660 HP Supercharged 1966 “Bad Ass Lincoln” at the SEMA Reveal.

 

  • Pengurus Gimnasia y Esgrima La Plata Diego Maradona bercadang untuk membawa kembali bekas pemain Brazil yang telah pun mengumumkan persaraan, Ronaldinho ke kelab itu.

 

 

  • Penyerang kelahiran Norway, Erling Braut Haaland belum memikirkan perancangan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan Borussia Dortmund meskipun dikaitkan dengan kelab ternama antaranya Manchester United dan Real Madrid.

  • Pemain sayap Chelsea, Pedro akan menyertai AS Roma dengan kontrak selama dua tahun selepas kontraknya bersama The Blues tamat penghujung bulan ini.

 

 

  • Arsenal mendedahkan bersedia untuk menawarkan gaji £250,000 seminggu kepada pemain sayap Chelsea, Willian sebelum penularan pandemik coronavirus

 

 

  • Jose Mourinho tekah memaklumkan kepada Pengerusi Tottenham, Daniel Levy beliau mahukan lima pemain baru namun Spurs hanya mampu untuk memberi tumpuan kepada perjanjian secara pinjaman dan pemain yang telah tamat kontrak.

 

  • Spurs juga berminat untuk mendapatkan pertahanan Paris St Germain, Thomas Meunier, namun terpaksa melupakannya selepas pemain berusia 28 tahun itu bersetuju untuk menyertai Borussia Dortmund.

 

  • Ejen pemain Brazil, Philippe Coutinho mengharapkan pemain itu bersetuju untuk memilih Arsenal sebagai destinasi baru. Coutinho beraksi untuk Bayern Munich selepas dipinjamkan Barcelona.

 

  • Pemain Real Madrid, James Rodriguez terbuka untuk menyertai Napoli kerana kontraknya bersama Los Blancos hanya berbaki setahun sahaja lagi.
- Advertisement -