• Juara EPL, Liverpool semakin ‘ligat’ untuk mendapatkan Kalidou Koulibaly dan menjadikan Dejan Lovren sebagai sebahagian daripada pertukaran. Manchester City turut berusaha untuk mendapatkan pertahanan Napoli berusia 29 tahun itu.

 

  • Ketua Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta mendedahkan perbincangan awal untuk mendapatkan pertahanan muda Real Madrid, Achraf Hakimi yang sedang dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund hampir selesai.

 

  • Inter Milan juga sedang berusaha untuk meyakinkan Manchester United untuk mengekalkan penyerang Chile, Alexis Sanchez di San Siro. Perbincangan awal dikatakan gagal mencapai persetujuan.

 

 

Comedy Moments In Football 2020
  • Pemain tengah Barcelona, Arthur sah berhijrah ke Juventus dan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab itu engan nilai perpindahan ÂŁ72.5 juta. Pemain tengah Juve, Miralem Pjanic juga bersetuju untuk ke Barcelona dengan nilai ÂŁ60 juta.

 

  • Inter Milan berhasrat untuk melepaskan pertahanan berusia 25 tahun, Milan Skiriniar dan gergasi EPL, Manchester City dikhabarkan berminat untuk mengadakan rundingan dan berkemungkinan besar akan menjadikan Sergio Aguero sebagai sebahagian daripada pertukaran.

 

Kelab Portugal, Benfica berminat untuk melantik bekas pengendali Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru kelab itu. Pochettino masih menganggur sejak November selepas meninggalkan White Harte Lane.

 

  • Bekas penyerang Chelsea, Salomon Kalou yang akan tamat kontraknya bersama Herta Berlin penghujung musim akan berhijrah ke Brazil untuk menyertai Botafogo secara percuma.

 

 

 

  • Juventus mengesahkan dua tonggak veteran kelab itu, penjaga gol, Gianluigi Buffon dan pertahanan, Giorgio Chiellini akan kekal di kelab itu sehingga Jun 2021 kerana kesetiaan mereka dan kualiti yang masih dimiliki oleh kedua dua pemain.

 

 

 

 

- Advertisement -