Chelsea memasang impian untuk mendapatkan pertahanan berusia 22 tahun kelahiran Belanda, Matthijs de Ligt yang kini beraksi untuk kelab Serie A, Juventus.

 

 

Skuad kendalian Thomas Tuchel juga meletakkan pertahanan Paris St Germain, Marquinhos sebagai sasaran dan sedia untuk menawarkan £86 juta untuk mendapatkan pertahanan berusia 27 tahun itu.

 

The Blues juga akan mengadakan perbincangan dengan Mason Mount, N’Golo Kante dan Jorginho untuk melanjutkan kontrak mereka bersama Chelsea.

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich mahu mendapatkan pertahanan The Blues, Antonio Rudiger. Namun pemain berusia 28 tahun itu menyatakan hasrat untuk terus kekal di Stamford Bridge.

 

 

Barcelona perlu membayar sekitar £1.5 juta untuk mendapatkan pengurus antarabangsa Belgium, Roberto Martinez sebagai pengurus baharu kelab itu. Pengendali berusia 48 tahun itu dikaitkan dengan calon pengganti Ronald Koeman yang dilaporkan bakal meninggalkan The Catalan susulan prestasi hambar.

Martinez bagaimanapun menyangkal dakwaan beliau bersetuju untuk melepaskan jawatannya bersama skuad antarabangsa Belgium dan mahu menyertai Barcelona.

Tottenham Hotspurs dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang berusia 25 tahun Manchester United Anthony Martial yang berhasrat untuk meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan January tahun depan.

 

- Advertisement -